CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7487|Reply: 1

[Tempatan] Dakwaan pereka fesyen 'tabur duit' untuk tutup kes buli ke atas pekerjanya

[Copy link]
Post time 15-10-2024 03:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 15-10-2024 07:14 AM

Baru-baru ini, pengasas jenama fesyen lokal iaitu Christy Ng menjadi bualan ramai selepas tular mengenai dakwaan pekerja 'dibuli' olehnya.

Ia susulan sebuah video Christy memberi wang kepada pekerja yang dimuat naik di akaun TikToknya mendapat ratusan ribu tontonan, namun ada juga yang kurang senang dengan konten video tersebut.

Dalam video itu, Christy memasukkan duit ke dalam beg pekerjanya sambil meninggalkan nota kecil dipercayai ucapan terima kasih di atas usaha mereka sepanjang bekerja dengan beliau.

Christy dipuji ramai kerana sikap prihatinnya sebagai majikan telah memberi inspirasi, namun begitu seorang individu di laman X mendakwa beliau adalah seorang majikan yang selalu membuli pekerja dan menuduhnya memendekkan cuti bersalin.

Pekerja Christy yang dikenali sebagai @Nasru_Den itu menyatakan bahawa dia akan memulakan cuti paterniti dalam masa terdekat dan segala keperluan bayi seperti lampin, produk bayi, serta elaun paterniti semuanya ditaja oleh bosnya.

Malah, bosnya juga siap menaja confinement lady selama dua minggu untuk membantu isterinya dalam tempoh berpantang.

Dia turut menekankan bahawa dia tiada masalah langsung dalam mendapatkan cuti bersalin atau paterniti sepanjang bekerja dengan majikannya itu.

Menerusi ciapan di laman X, kenyataan yang dikeluarkan oleh individu berkenaan telah mendapat perhatian umum sehingga ia dibanjiri dengan pelbagai komen negatif.

Namun, seorang pekerja Christy tampil meluahkan rasa bertuahnya kerana mendapat sokongan daripada majikan, terutama dalam hal kelahiran anaknya.








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2024 03:05 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bukan acik forum, Rosyam tetap saman
maklukpenggodaBukan acik forum, Rosyam tetap saman
Views : 13139 Replies : 8
Kes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, hakim perintah Nurul Shuhada hadir perbicaraan (UPDATE)
maklukpenggodaKes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, ha
Views : 63950 Replies : 1988
Dakwaan pereka fesyen 'tabur duit' untuk tutup kes buli ke atas pekerjanya
maklukpenggodaDakwaan pereka fesyen 'tabur duit
Views : 6015 Replies : 1
Kroni siapakah?
maklukpenggodaKroni siapakah?
Views : 18506 Replies : 23
Tukar Setiausaha Kerajaan Negeri kali ke-5, apa yang sedang berlaku?
maklukpenggodaTukar Setiausaha Kerajaan Negeri kali ke
Views : 25825 Replies : 20
Kehebatan Raja Ema
maklukpenggodaKehebatan Raja Ema
Views : 35552 Replies : 38
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32497 Replies : 30
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 7103 Replies : 19
Tesla buat hal lagi, 4 terbunuh
maklukpenggodaTesla buat hal lagi, 4 terbunuh
Views : 27120 Replies : 16
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 106855 Replies : 6029

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.033248 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list