CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 535|Reply: 6

[Tempatan] Kedah serambi Kelantan: Sanusi ‘tin kosong’, punca sungai kering 200 ribu putus bekalan air

[Copy link]
Post time 16-6-2023 01:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by stingertaikjubo at 16-6-2023 01:27 AM

Pada 14 Mei lepas salah satu pintu baraj mengalami masalah teknikal. Akibatnya air mentah sungai mengalir ke laut tanpa sekatan. Paras Sungai Muda susut secara mendadak sampai menjejaskan operasi abstrak air mentah di beberapa muka sauk termasuk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

Lebih 200,000 pemegang akaun di negeri Kedah mengalami gangguan bekalan air terawat lebih 48 jam, di Pulau Pinang pun melibatkan 400,000 pemegang akaun.

Penyokong Muhammad Sanusi Md Nor tidak sedar yang pemimpin PAS itu pandai bercakap sahaja. Mereka mungkin bangga apabila pemimpin PAS itu pernah berseloroh untuk mengalihkan sumber air mentah Sungai Muda kalau kerajaan negeri Pulau Pinang tidak penuhi tuntutan pampasan yang munasabah.

Mereka tak sedar bahawa Muhammad Sanusi seorang pemimpin yang lemah dalam menguruskan sumber air mentah negeri. Mereka tak sedar Muhammad Sanusi hanya pandai bercakap pandai tetapi tin kosong sahaja.

Kerana kelemahan Muhammad Sanusi memastikan sistem automatik pada pintu baraj di Sungai Muda berfungsi dengan elok, telah menjejaskan gangguan bekalan air kepada kira-kira 600,000 pemegang akaun termasuk keluarga PAS sendiri di kedua-dua negeri itu. Ini, mungkin di luar kesedaran penyokong Muhammad Sanusi.

Di sebalik insiden paras Sungai Muda, Kedah susut secara mendadak baru-baru ini, ramai mula melihat kepentingan Projek Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) yang melibatkan beberapa dasa dengan anggaran kos keseluruhannya RM1.2 bilion.

‘Empangan Strategik’ itu tidak boleh menyalurkan kembali air mentah dalam kuantiti 1,0000 Juta Liter Sehari (MLD) ke Sungai Musa bagi memenuhi operasi mengabstrakkan sumber air mentah di LRA Sungai Dua secara optimum kerana beberapa komponen projek di bawah MDEP tertangguh dan tak siap ikut jadual berwajib.

Semasa Pemukiman Penerangan Umno Malaysia 2023 di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU) dekat Janda Baik, Pahang semalam, ada saya menjelaskan bahawa ramai pihak mula bercakap di Pulau Pinang bahawa mereka ingin Umno dan BN kembali menjadi kerajaan persekutuan pasca PRU16.

"Ramai mula bercakap bahawa hanya Umno dan BN ada kemampuan mengadakan polisi ekonomi rakyat seumpama MDEP ini. PAS tak ada kemampuan itu, manakala Muhammad Sanusi pula pandai buat bising itu dan ini sahaja untuk menutup kelemahannya yang lemah dalam menguruskan industri air negeri Kedah,” kata saya kepada beberapa rakan peserta pemukiman dari negeri Kedah dan Kelantan di Janda Baik, semalam.
Seorang TikTokers terkenal dari Kelantan, kalau tak salah dikenali sebagai ‘Mat Usin’ dalam reaksi spontan berkata, “kalau ingin Umno BN kembali memerintah Kerajaan Persekutuan pasca PRU16, rakyat Kelantan kena tumbangkan rejim PAS dalam PRN (pilihan raya negeri) ini dahulu.”

https://www.malaysiakini.com/letters/666042





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2023 06:59 AM | Show all posts
biaq la ayaq keroq ka takda ka  janji sele terancam skrg la ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 07:03 AM | Show all posts
air x der x per..

janji undee sanoosee
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh cuba ailihkan telaga zam zam ke Kedah
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 02:26 AM | Show all posts

yg tak habis2 dok perli bab ayaq mmg benak sggh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 12:41 AM | Show all posts
serambi ketum...mat rempit & pil kuda
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2023 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengabstrak air tu macam mana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.345889 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list