CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pas jangan cakap kosong - Ramasamy

[Copy link]
Post time 14-6-2023 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 14-6-2023 03:51 PM

Pas jangan cakap kosong - Ramasamy

oleh    MOHD ISKANDAR OTHMAN    14 Jun 2023    02:12pm





Ramasamy




GEORGETOWN - Tidak masuk akal untuk membandingkan kehilangan tanah Melayu di Pulau Pinang dengan pendudukan Israel di atas tanah Palestin.

Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy berkata, manipulasi Pas terhadap konteks berhubung kaum dan agama dalam menjangkakan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang agak membingungkan untuk dikatakan.

Beliau berkata, selain pelbagai tohmahan dan dakwaan terhadap DAP atau Kerajaan Perpaduan, kali ini Pas telah menyerlahkan kehilangan tanah Melayu kepada bukan Melayu di Pulau Pinang selama ini.

Menurutnya, Pas membandingkan keadaan orang Melayu di Pulau Pinang dengan nasib sedih rakyat Palestin yang kehilangan tanah mereka kepada tentera penjajah Israel.

"Walaupun Pas tampil dengan pantas dalam mengeluarkan kenyataan apabila bercakap berkenaan kaum dan agama, ia mempunyai prestasi yang menyedihkan dalam membentangkan bukti yang sahih dan sistematik.

"Parti tersebut menyatakan bahawa pada 2010, orang Melayu hanya mempunyai 28 peratus bahagian tanah di Pulau Pinang.

"Sama ada bahagian tersebut terhad kepada pulau atau tanah di seberang atau kedua-duanya tidak jelas... Saya fikir ia merujuk kepada bahagian pulau di Pulau Pinang," tulisnya di laman Facebook peribadi pada Rabu.

Ramasamy berkata, kajian yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2008 menyatakan bahawa peratusan tanah Melayu adalah melebihi 20 peratus.




Berikutan itu, katanya, Pas sepatutnya senang hati kerana peratusan pemilikan tanah orang Melayu semakin meningkat, ia menunjukkan pemilikan telah meningkat sebanyak lapan peratus dalam tempoh dua tahun dari 2008 ke 2010.

"Saya hairan mengapakah Pas bergantung kepada data pemilikan tanah dari 13 tahun lalu tanpa mengemas kini dan mendapatkan maklumat pemilikan tanah semasa.

"Tidak jelas apakah yang dimaksudkan dengan tanah hak milik orang Melayu? Adakah ia merujuk kepada hak milik individu atau tanah yang dipegang secara amanah oleh agensi kerajaan?

"Pas tidak sepatutnya bercakap kosong, ia mesti tampil dengan maklumat terkini mengenai berdasarkan fakta tentang peratusan pemilikan tanah oleh orang Melayu di Pulau Pinang di kedua-dua bahagian," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Ramasamy berkata, dalam banyak situasi atau isu sebelum ini, Pas mudah lari dengan membuat dakwaan keji tanpa mengemukakan bukti.

Beliau turut mendakwa, Pas sering mengulangi separuh kebenaran dan pembohongan semata-mata kerana ia terlepas begitu sahaja tanpa tertakluk kepada siasatan yang ketat.

"Sekiranya orang ramai tidak disalurkan dengan maklumat yang tepat, Pas dengan sering mengulangi pembohongan mungkin akan mengubahnya menjadi kebenaran.

"Pemilikan tanah di Pulau Pinang adalah satu perkara yang kompleks. Pemilikan tanah oleh orang Melayu terdiri daripada hak milik individu, Pemegang Amanah dan Wakaf. Saya tidak pasti bahawa Pas sedang mengeluarkan kenyataan berhubung yang mana satu atau kesemuanya," katanya.

Dalam pada itu, Ramasamy yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata, memandangkan PRN semakin hampir, orang ramai harus menyediakan diri untuk melihat dakwaan lain yang tidak masuk akal daripada Pas.

Katanya, seperti yang dikatakan oleh seseorang, menyamakan kehilangan tanah Palestin kepada Israel dengan kehilangan tanah Melayu di Pulau Pinang adalah sesuatu yang bandingan yang buruk bagi mereka di Palestin.

"Wilayah Palestin diduduki oleh tentera Israel, ia tidak begitu banyak berkait dengan kehilangan tanah, tetapi jenis pendudukan yang paling teruk.

"Malah, dalam keadaan pendudukan dan pemerintahan tentera, ia tidak boleh dikategorikan sebagai sesuatu perkara yang mudah iaitu pemilikan tanah.

"Mungkin berlaku kekurangan dalam bilangan tanah persendirian Melayu dan bukan Melayu akibat pembandaran dan pengkomersialan.

"Bagaimanapun, Pas memberi gambaran bahawa tanah Melayu sedang diambil alih secara sistematik oleh orang bukan Melayu atau negeri adalah satu cubaan untuk mengapikan isu perkauman," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.108068 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list