CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 4

Tak Ada Lampu Sepanjang 3km, Garisan Putih Pudar, Jadi Tempat Babi Melintas- Sentaisa Ada Yang Mati Bila Lalu Jalan 'Berhantu'

[Copy link]
Post time 12-6-2023 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Sungai Petani: Pengguna Jalan Gurun-Jeniang dekat Kuala Muda terpaksa melalui jalan tanpa lampu sepanjang tiga kilometer pada waktu malam dengan kawasan kelilingnya kebun getah, ladang sawit dan semak samun.


Keadaan ini dihadapai sejak hampir 16 tahun lalu apabila jalan persekutuan dua lorong itu siap tanpa kemudahan lampu.


Natijahnya, hampir setiap bulan berlaku kemalangan termasuklah kemalangan maut.


Foto: Harian Metro




Penduduk Kampung Batu 8 yang berhampiran jalan itu mendakwa ada mangsa kemalangan ditemui selepas 12 jam kerana terjatuh dalam cerun dan semak di tepi jalan dekat ladang sawit.


Menurut Azhar Ali, 48, jalan itu yang berselekoh selain garis putih yang semakin pudar sangat mengelirukan pengguna pada waktu malam.


"Jalan ini sebenarnya agak 'berhantu' selain ia sudah banyak ditampal sana sini, dan apabila dua lorong, banyak kenderaan yang akan laju.


"Ada selekoh yang tidak semua (pemandu) akan perasan terutama penunggang motosikal sehingga ada yang maut jatuh ke bawah cerun di sebalik semak samun.


"Ada mangsa yang hanya ditemui selepas matahari naik," katanya ketika ditemui.


Bercerita lanjut, Azhar berkata, jalan itu juga menjadi tempat lembu, babi dan binatang lain termasuk monyet dan ular melintas terutama di kawasan Jentayu, sekali gus berisiko kepada pemandu.


Sementara itu, peniaga kedai makanan di laluan berkenaan, Mohd Yusuf Abdullah, 65, berkata, dia sudah menyaksikan beberapa kemalangan termasuk kes ragut yang berlaku di depan matanya.


"Kisahnya babitkan ibu dan anak yang menaiki motosikal pada waktu Subuh untuk ke tempat kerja, menghala ke Gurun, saya lihat sendiri mereka (beg) diragut oleh dua lelaki yang juga menaiki motosikal.


"Dua beranak itu terjatuh dan mengalami luka di tangan dan muka. Waktu itu suasana masih gelap, memang peragut mudah ambil kesempatan apatah lagi tiada lampu jalan," katanya


Sementara itu, penduduk Sahida Saad, 55, berkata dia pernah terbabit kemalangan di laluan itu apabila kereta yang diparkir di bahu jalan akibat kehabisan petrol dilanggar dari belakang oleh penunggang motosikal.


"Jalan di sini memang sukar apabila ada selekoh yang mengelirukan ditambah pula garisan putih yang semakin pudar, ada orang ingat jalan ini lurus yang akhirnya menyebabkan mereka terbabas ke dalam semak," katanya.


Sahida berkata, dia sangat berharap pihak kerajaan dapat mengambil tindakan segera dengan memasang lampu jalan di situ bagi mengelak kejadian tidak diingini berleluasa. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2023 10:33 AM | Show all posts
'Sentaisa':

a) kadang-kadang
b) jarang-jarang
c) kerap
d) acapkali
e) bukan semua di atas
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 04:51 PM | Show all posts
cer buat glow in the dark road markings mcm ostolia dan belanda





Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 04:53 PM | Show all posts
dani-rox replied at 12-6-2023 04:51 PM
cer buat glow in the dark road markings mcm ostolia dan belanda

cool



Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 04:57 PM | Show all posts
dani-rox replied at 12-6-2023 04:51 PM
cer buat glow in the dark road markings mcm ostolia dan belanda

wow, tak tahu pun ada benda ni!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.038555 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list