CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7424|Reply: 1

[Dunia] Teruskan memboikot- kata penyanyi tersohor

[Copy link]
Post time 18-10-2024 11:48 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyeru semua pihak supaya tidak terpengaruh dengan gerakan berhaluan kiri yang mahu usaha memboikot produk pro-Israel dihentikan seperti yang giat dilakukan dalam media sosial ketika ini.

Mengulas perkara itu, Siti menyifatkan usaha gerakan itu sebagai antara cabaran yang perlu dihadapi umat Islam dalam membantu saudara seagama di Palestin yang sedang berdepan dengan kekejaman demi mempertahankan agama.

"Dalam setiap usaha ke arah keagamaan dan membantu saudara di Gaza, akan ada cabaran dan dugaan. Usaha mematahkan semangat akan ada. Semuanya terpulang kepada pegangan kita.

"Kita ada pegangan agama dan berpegang kuat dengan apa yang dituntut dalam agama. Kalau nak ikutkan dalam kehidupan ini, kita berdepan dengan pelbagai cabaran.

"Bukan cabaran mengenai Palestin sahaja, tapi apalah sangat demi saudara dan agama. Kita tak tahu kesudahannya sampai bila, mungkin hingga kiamat.

"Sebagai umat Islam, jangan berhenti bercakap, memberitahu apa yang berlaku di Gaza dan Palestin," katanya.

Penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu mengulas usaha beberapa kumpulan dilihat begitu aktif menyebarkan dakyah menerusi video yang mendakwa usaha boikot sebagai tidak membawa sebarang perubahan dan hanya menyusahkan banyak pihak.

Terdahulu, Siti ditemui pada sidang media majlis penyerahan sumbangan bernilai RM500,000 oleh Inayah Beauty kepada Yayasan Nurjiwa di Wangsa Maju di sini, hari ini.

Acara penyerahan dibuat Ketua Pegawai Eksekutif Inayah Beauty, Dini Qistina Latifi kepada Siti yang juga Pengasas dan Pengerusi Bersama Yayasan Nurjiwa.

Yang turut hadir, jurucakap produk pelansingan badan dan makanan kesihatan, Nora Danish, Fasha Sandha dan Abby Abadi.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2024 12:55 AM | Show all posts

Bukan dia hari tu take part dlm David Foster? kenapa tak tarik diri?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.064471 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list