CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 194|Reply: 1

[Pahang] Lelaki 'baran' bakal hadapi lagi tuduhan pukul, ugut pekerja restoran

[Copy link]
Post time 11-6-2023 10:38 AM | Show all posts |Read mode

MOHAMMAD Zaim Faiz dijatuhi hukuman penjara tujuh hari selepas mengaku bersalah mencederakan dan mengugut pemandu wanita. FOTO L Manimaran.

Kuantan: Penyelia kilang yang dihukum penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Tapah, hari ini kerana mencederakan dan mengugut pemandu wanita, dijangka berhadapan satu pertuduhan.

Lelaki berusia 29 tahun itu didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan menampar pekerja restoran di Cameron Highlands pada 4 Jun lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, seorang pekerja restoran membuat laporan di Balai Polis Cameron Highlands terhadap suspek sama pada 7 Jun lalu.

Katanya, susulan laporan, pihaknya sedang melengkapkan siasatan dan suspek didakwa menampar salah seorang pekerja bertubi-tubi kerana makanan yang dipesan lewat sampai.

"Manakala seorang lagi pekerja dipukul ketika cuba memberi penjelasan kepada suspek bahawa hidangan yang dipesannya tidak tersedia.

"Polis akan memanggil beberapa saksi untuk melengkapkan siasatan kami berhubung kejadian itu," katanya.

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan secara sengaja dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana menggunakan perkataan kesat.

Awal hari ini, Mahkamah Majistret Tapah memerintahkan lelaki itu, Mohammad Zaim Faiz Tarmizi menjalani hukuman penjara tujuh hari, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan dan ugutan jenayah.

Video mengenai dia melemparkan kata-kata kesat sambil menunjal kepala pemandu wanita ketika dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands tular di media sosial.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ut-pekerja-restoran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2023 07:29 AM | Show all posts
padan muka.

selain penjara & denda , harap ada hukuman kerja kebajikan 1000 jam serta wajibkan heols masuk rawatan anger management untuk 1 tahun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.067671 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list