CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 393|Reply: 3

[Tempatan] Agong, Raja Permaisuri berangkat ke istiadat mengarak panji-panji

[Copy link]
Post time 10-6-2023 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke istiadat mengarak panji-panji


Al-Sultan Abdullah berkenan memeriksa kawalan kehormat pada Istiadat Perarakan panji-panji sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda di Dataran Pahlawan, Presint 1. - Foto BERNAMA


PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini berangkat ke istiadat mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada 8.30 pagi disambut dengan alunan lagu Negaraku, disusuli formasi terbang lintas hormat lima pesawat Angkatan Tentera Malaysia (ATM), membawa Jalur Gemilang, bendera ATM, Panji Tentera Darat Malaysia (TDM), Panji Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Panji Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diketuai Mejar Mohd Husni Mohd Tarmizi dari TUDM.

Sebanyak 21 das tembakan kehormatan turut dilepaskan oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) yang diketuai Leftenan Kolonel Mohammad Asri Che Wil.

Al-Sultan Abdullah kemudiannya memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 57 pegawai dan 862 anggota ketiga-tiga cabang-cabang perkhidmatan ATM diketuai Pegawai Memerintah Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) Leftenan Kolonel Mohd Azamri Abdullah.


Al-Sultan Abdullah berkenan memberi tabik hormat ketika memeriksa barisan kawalan kehormat pada istiadat mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan, Presint 1 hari ini. - Foto BERNAMA


Pasukan Kawalan Kehormat membawa Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong melintasi pentas Diraja pada istiadat perarakan panji-panji itu di Dataran Pahlawan, Presint 1, hari ini. - Foto BERNAMA


Keadaan cuaca mendung sekitar 27 darjah Celcius mengiringi perbarisan yang berlangsung hampir sejam itu yang turut menampilkan acara gabungan Pancaragam Pusat ATM di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Muhamad Nor Azizan Yahya dengan persembahan lagu-lagu patriotik.

Usai pemeriksaan barisan, gabungan Pancaragam Pusat ATM masuk membuka medan sekali gus istiadat mengarak lima Panji Yang di-Pertuan Agong menyusul dengan penuh istiadat ketenteraan dalam tempo kawad perlahan dan cepat.

Lima Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong diarak ialah Panji-Panji Rejimen Askar Melayu, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Panji-Panji Tentera Udara Diraja Malaysia.

Panji-Panji adalah suatu penghormatan negara yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Rejimen/Kor dari Perkhidmatan Tentera Darat, Perkhidmatan Tentera Laut dan Perkhidmatan Tentera Udara.



Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke istiadat mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan, Presint 1, hari ini. - Foto BERNAMA


Istiadat diakhiri dengan laungan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali oleh anggota perbarisan dan bacaan doa yang dipimpin Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Mejar Jeneral Datuk Mohd Rashidi Bujai.

Al-Sultan Abdullah sekali lagi menerima lintas hormat oleh kelima-lima pesawat ATM sebelum Seri Paduka berdua berangkat meninggalkan majlis itu pada 9.30 pagi.

Hadir sama ke istiadat berkenaan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Istiadat berkenaan diadakan tiga kali dalam tempoh lima tahun pemerintahan bagi setiap Raja Melayu yang dilantik sebagai Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong iaitu bagi tahun pertama, tahun ketiga dan tahun terakhir pemerintahan.

Pada tahun pertama pemerintahan Al-Sultan Abdullah, istiadat itu dilaksanakan pada 2019, dan pada tahun ketiga pemerintahan ialah pada 2021 namun tidak dapat dilaksanakan akibat pandemik COVID-19 di mana ia dibawa pada tahun lepas (2022) dan tahun ini pula menandakan tahun terakhir. – BERNAMA


Pasukan Kawalan Kehormat membawa Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong melintasi pentas Diraja pada istiadat perarakan panji-panji itu di Dataran Pahlawan, Presint 1, hari ini. - Foto BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... engarak-panji-panji



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2023 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
TU pasal banyak heli terbang rendah ek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2023 04:31 PM | Show all posts
shernazz replied at 10-6-2023 04:46 PM
TU pasal banyak heli terbang rendah ek

HARGA AYAM JE belum rendah2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 11-6-2023 04:31 PM
HARGA AYAM JE belum rendah2 lagi

, bukan ayam jer semuaaa yaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.036341 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list