View: 640|Reply: 6
|
Makan 2 Ulas Je Sebab Durian Boleh Menyebabkan Kegemukan
[Copy link]
|
|
Selain membuat badan panas, makan durian berlebihan boleh menyebabkan kegemukan.
Justeru, pegawai perubatan menasihatkan untuk mengambil dua ulas kecil durian sahaja bagi setiap hidangan.
Gambar hiasan
Menurut perkongsian daripada pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan berkata, pengambilan durian secara berlebihan boleh menyebabkan obesiti dan gastrik.
“Antara mudarat, jika durian diambil secara berlebihan, akan menyebabkan kegemukan.
“Kandungan kalori yang tinggi pada durian, boleh menyebabkan kegemukkan,” katanya
Menurutnya, durian juga boleh menyebabkan gastrik sekiranya diambil secara berlebihan.
“Durian akan membebaskan gas dan alkohol semasa dihadam dan menyebabkan perut kurang selesa dan keradangan perut,” kongsinya.
Bukan itu sahaja, menurut beliau, durian juga akan menyebabkan badan menjadi panas.
“Tindak balas kimia dan proses metabolisma semasa proses penghadaman membuatkan badan jadi panas dan tidak selesa,” katanya.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
"...jika durian diambil secara berlebihan, akan menyebabkan kegemukan."
Makanan apa yang tidak menyebabkan kegemukan bila makan banyak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dengan berita obes kegunduan yinni menyebabkan acik2 boikot terosss doyan rega kayangan ittew sambil rega turun ke paras terendha dalam sejarah kerna doyan ittew tak laku sambil membusok lalu dicampak ke lobang pelupusan di jurang Mariana saja ha gaytohhh |
|
|
|
|
|
|
|
No wonder la sampai skrg kurus je aku, sb x mkn durian |
|
|
|
|
|
|
|
Sabtu lepas pergi rumah ipar ai. Bapak mentua bawak durian. Diet tolak tepi. 10 ulas ai makan tu pun sebab dah hbs
Padan muka kilo naik balik. hahahhaa |
|
|
|
|
|
|
|
Musim durian lahap lah apsal kontrol2 takut gemuk lah angin lah, lainlah kalau dah diabetes sakit2 makan durian x boleh |
|
|
|
|
|
|
| |
|