CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

Jijoe 'mengamuk' janji tidak ditepati

[Copy link]
Post time 8-6-2023 02:15 PM | Show all posts |Read mode

AZIZUL tak kisah kembali ke Malaysia namun perlu ada perancangan sempurna. -FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Sudah sekian lama memendam perasaan, akhirnya jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang 'meletup' dengan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sistem sokongan untuk dirinya ke temasya Sukan Olimpik Paris dilihat agak perlahan.

Menerusi luahan di Facebook miliknya, Azizul yang turut digelar The Pocket Rocketman melihat setiap perkara yang dijanjikan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk memenuhi permintaan dengan menyediakan fasiliti dan sistem sokongan terbaik di Malaysia sejak meninggalkan Melbourne, Australia, hujung tahun lalu hanya tinggal 'bulan dan bintang'.

Azizul atau lebih mesra dengan panggilan Jijoe berkata, pihaknya sudah mengadakan beberapa siri perjumpaan dan perbincangan bersama pihak berkaitan namun jawapan yang diterima cukup mengecewakan sekali gus mengganggu persiapannya untuk mengharungi Olimpik Paris tahun depan.

"High performance sport (sukan berprestasi tinggi) apebenda macam ni! Sudah dinasihatkan untuk duduk berbincang bersama dengan saya dan beritahu terang-terang, apa yang boleh dibantu dan apa yang tidak, like a real gentleman, tapi sampai ke sudah tidak ada seorang pun yang datang berjumpa.

"Bagi saya amat mudah, kalau tidak dapat support system (sistem sokongan) yang bagus, lebih baik saya pulang berlatih di Melbourne. Hanya tinggal setahun lebih sahaja sebelum Olimpik Paris 2024.

"Sirih tidak kisah untuk pulang ke gagang, asalkan support system (sistem sokongan) di Malaysia nanti adalah setara ataupun lebih bagus daripada di Melbourne," kata pemenang pingat perak Olimpik Tokyo itu.

Selain itu, Azizul berkata, dia tidak berhadapan masalah untuk pulang ke Malaysia namun mengharapkan kemudahan dan persiapannya di negara ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

"Hanya tinggal setahun lebih sahaja sebelum Olimpik Paris 2024. Bukan tidak suka berada di Malaysia, akan tetapi untuk atlet bertaraf dunia seperti saya, berlatih di Melbourne (buat masa ini) adalah lebih efektif dan di sana saya boleh berlatih dengan tenang tanpa gangguan pelbagai perkara terutamanya politik sukan seperti ini.

"Akan tetapi apabila pulang dan melihat keseluruhan keadaan ini, bagi saya ianya sangatlah tidak berbaloi dan seperti 'moving backward' pula.

"Lebih baik saya berlatih dengan aman di sana dan hanya pulang berlatih dengan pasukan di Malaysia untuk training camp atau spesifik training sahaja seperti yang dipraktikkan oleh atlet pelbagai sukan di Eropah," katanya.

Difahamkan, isu itu sudahpun dipanjangkan kepada Hamidin dan Azizulhasni berharap akan ada jawapan untuk menyelesaikan segala kekeliruan itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... anji-tidak-ditepati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.077050 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list