CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 0

Tak sangka lebur rekod dunia 1500m

[Copy link]
Post time 3-6-2023 10:39 AM | Show all posts |Read mode

REAKSI Kipyegon selepas melintasi garisan penamat dengan melakar rekod baharu dunia acara 1500m. FOTO AFP

Florence: Faith Kipyegon mencipta sejarah di Florence Diamond League awal pagi tadi apabila memecahkan memecahkan rekod lama 3 minit 50 saat (s) untuk mencipta rekod baharu dunia acara 1500 meter wanita.

Pelari Kenya berusia 29 tahun itu mencatat masa 3:49.11s untuk memecahkan rekod 3:50.07s yang dilakukan oleh Genzebe Dibaba dari Ethiopia di Monaco pada 2015 ketika juara Olimpik dan dunia dua kali itu mempamerkan larian hebat.

Kipyegon, yang dianggap wanita terhebat dalam acara itu, jelas mendominasi trek di Tuscany apabila menamatkan larian lebih 12 saat di hadapan juara Eropah, Laura Muir dan Jessica Hull dari Australia.

Dia melutut kegembiraan dan seakan tidak percaya dapat melakukan rekod dunia, satu-satunya kepuasan yang belum pernah dirasakannya sepanjang karier yang cukup cemerlang sebelum ini.

"Saya sangat gembira dan tidak menjangkakannya. Saya menjangkakan untuk mendominasi acara ini, bukannya mencipta rekod dunia. Apapun saya sangat bersyukur.

"Seperti saya katakan hari ini dan semalam bahawa segala-galanya tidak mustahil," kata kata Kipyegon kepada stesen penyiar RAI.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... r-rekod-dunia-1500m
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.634013 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list