CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38940|Reply: 199

Terkena buatan oranga asli... Pengalaman kawanku..

[Copy link]
Post time 14-12-2010 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Salam pada semua pembaca board misteri,

Hari ni ai nak kongsi cerita mengenai pengalaman kawan ai yang pernah terkena buatan orang asli... Masa ni dia masih bersekolah lagi, baru form 3.. Dia sekolah kat salah sebuah sekolah kat Pekan, Pahang. Sekolah ni sekolah asrama, so ada la jugak budak2 orang asli yang bersekolah kat sini...

Ada sorang budak pompan orang asli ni satu kelas dengan member i ni.. Budak pompan ni memang minat kat dia and kdg2 tak hagak2 nak kacau dia.. Dia jadi rimas sbb minah ni suka betul kat dia.. Lama2 dek sbb bosan, dia termarah n termaki budak pompan ni...

Agaknya kata2 dia tu agak berbekas sampai timbulkan kemarahan kat minah tu.. So, lepas sebulan bermulalah episod hitam dalam hidup dia .. Bak kata orang kerana pulut santan binasa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2010 03:13 PM | Show all posts
Salam pada semua pembaca board misteri,

Hari ni ai nak kongsi cerita mengenai pengalaman kawan ai ...
fff_cat Post at 14-12-2010 15:09


salam.... citer sekerat-sekerat yang tension ni.....
sila habiskan ayat anda TT....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2010 03:17 PM | Show all posts
Kata beliau, pada satu malam, dia terjaga lebih kurang pukul 3 pagi.. Dia nampak macam ada kelibat orang kat dalam dorm tu. Orang tu pergi dari satu katil ke satu katil yang lain.. As if dia mencari orang ...

Kawan ai ni dia buat2 tido tapi mata dia renggangkan sikit sebab nak tengok sape yang buat tu.. Dia ingat maybe kawan dia nak main2 kan orang.. Sampai kat katil dia, dia nampak orang tu tengok muka dia... And bukannya muka orang tp tu mcm rupe pelik, sikit lebih kurang mcm ET...

Benda tu cuit pusat dia and turun. Dia duduk kat tingkat atas katil double deck tu.. So, dia pun jengah la ke bawah nak nengok ET tadi, tapi dah hilang... So, dia pun pelik tapi dia tertido baliklah...


Ta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2010 03:20 PM | Show all posts
Sabar ye menanti cerita saya... Boss saya ada lalu lalang kat depan ni..

Pastu besoknya... Dia pun mulalah diserang penyakit misteri... Dia tak leh bergerak.. And terbaring aje mcm mayat, mata tertutup rapat.. Tapi bila time makan, dia ok pulak... Boleh makan byk tapi bila orng tanya, dia diam aje.. Mulut terkunci langsung nak ckp..

Pastu, bila pukul 12 tgh malam aje, mulalah dia sihat balik, mcm takde apa2... Tapi telinga dia dengar mcm2 bunyi, orang mengilai la... And dia terbayang2 dia pegi ke tempat kampung orang asli... Ada orang pusing2 menari keliling api...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2010 03:25 PM | Show all posts
Lama jugak la dia berkeadaan mcm tu.. Warden asrama ingat dia pura2 tido... Takmo bangun gi kelas.. Sampai la dia kena siram air, cucur api rokok kat tangan, dia tetap tak bangun...

And penyakit tu bukannya tiap2 hari.. Ada kalanya dia ok, so dia pegi la kelas mcm biasa... Kalau penyakit tu datang, tido la dia mcm mayat tak bergerak berhari2..

Tapi i tak pasti kenapa warden tak hubungi famili dia.. And untuk pengetahuan, dia asal Pulau Tioman nun... So, memang agak susah sikit la kot nak hubungi famili...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2010 03:30 PM | Show all posts
Sampai la satu hari tu, warden pun dah boring agaknya and risau sbb dia nak ambil SRP dah masa tu, tinggal lagi 2 bulan...

So, dia diberi cuti and mak dia bawak balik kampung untuk berubat...

So, bila gi berubat tu, atok yang ubatkan dia ckp... Orang asli nak main2 aje tu... So, dia kena kebas.. Apa kebas tu, ai pun tak tau...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-12-2010 03:33 PM | Show all posts
So, lepas kebas tu, dia pun sembuh la and dah tak terbaring mcm mayat lagi.. So, dia pun balik semula ke asrama. Lepas abis SRP, mak dia mintak tukar sekolah, ke Mersing aje. Dekat sikit nak balik Tioman..

Tapi minah yang dia rasa buat dia tu, senyum puas aje dari jauh... Tulah, mulut tak hagak2 nak maki orang... Kalau orang tak pendendam takpelah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2010 03:37 PM | Show all posts
Member i ni selalu mengalami pengalaman mistik orangnya.. Ai suka jugak la dengar dia citer walaupun dia tak suka sangat nak bercerita, lepas kena paksa baru nak cerita...

Yang pasti, Pulau Tioman tpt dia duduk tu agak mistik sikit la.. Tu yang byk kejadian pelik2 berlaku.. And member i ni memang pun suka masuk hutan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2010 03:45 PM | Show all posts
Rumah dia ni kat Tioman nun, jauh ke atas sikit.. kalau dari pantai tu memang tak nampak, kena lalu lorong kecik naik bukit sikit, baru sampai umah dia...

Bapak dia meninggal masa umur dia 2 tahun, so mak dia keje kat Berjaya (masa tu Tioman Island Resort).. Mak dia keje tukang masak, so kdg2 balik malam...

Ada sekali masa dia umur 10 tahun gitu, umah dia terbakar... Tapi mcm ai ckp, memang tak nampak dari bawah. And masa tu Tioman tak lah ramai orang mcm sekarang... Keliling umah memang takde orang...

Dia tak sedar pun umah terbakar, dia memang tido mati orangnya... Masa mak dia balik ke rumah nak masuk lorong tu, mak dia nampak ada 2 org berborak.. tapi mak dia tak nampak muka org tu... Cuma mak dia terdengar yg sorang tu ckp... " Dia tengah tido... Mak dia keje..."

So, bila mak dia sampai umah, mak dia terkejut tgk separuh rumah dah habis terbakar tapi, api dah padam... and dia bagus aje tengah tido... Tak sedar mende...

Besoknya, mak dia tanya org kampung sape yang padamkan api, tapi takde sorang pun yang tau.. Masing2 heran bila ckp umah terbakar sbb takde org nampak pun... Sampai sekarang tak tau sape yang padamkan... tapi, dia ckp kalau tengok bahagian yang terbakar tu rentung habis la...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 07:58 PM | Show all posts
tioman pulau misteri.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 08:37 PM | Show all posts
bahaya tuh...........memang kna berubat dgn org pandai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2010 09:44 AM | Show all posts
Lagi satu citer pasal kawan ai ni.. After keje several years kat KL and JB, dia buat keputusan balik Tioman for good. Dia ckp nak jaga mak dia sbb mak dia dah tua and takut kalau jadi apa2 dia tak sempat balik kampung nanti. Maklumlah, nak naik feri kena 2 jam perjalanan, feri bukannya ada tiap sejam.. Kena ikut pasang surut air.

So, lepas dia balik kampung tu, dia pun buat la rumah sendiri kat belakang umah mak dia.. Umah dia, memang dia buat sendiri sorang2.

Satu hari tu, dia rasa sakit kat pusat dia.. Macam bisa gitew.. Bila dia tgk, kdg2 kuar darah. Dia pun gi la klinik kat situ. Dr just check and bagi ubat aje.. Tapi walaupun dah habis ubat, sakit tak baik pun. Kdg2 dia makin tak tahan sbb bisa mencucuk betul. Kawan ai ni mcm ada anugerah jugak la, kalau sakit sgt, dia akan doa and tekap dgn tgn kat tempat sakit, ada la kurang sikit, tapi bukanlah baik betul.

Cuma dia jadi heran sbb kalau dia gi keluar dari Tioman, sakit dia akan automatically baik. So, satu hari dia mimpi la and katanya dia nampak sape yang buat tu. Memang sedara mara dia jugak la. Tapi dia tak suka nak bising2 and create havoc. So, dia mintak tolong pada kawan dia kenalkan kat sape2 yang pandai boleh ambik barang yang ditanam sbb dia takut kalau dia ambik sendiri, org yg buat maybe kena something, mati ke... Sbb dia tak tau syarat.

So, kawan dia kenalkan dgn sorang yg kira pandai jugak mengubat. Tapi kata org yg mengubat tu, kawan aku ni ada hantu pulak.. Dia nafikan la, mana dia ada hantu. Dia cuma kata ada anugerah.. Karang aku citer apa anugerah dia and mcmmana dia dapat benda tu.

So, org tu cakap nak ubatkan dia and buang hantu tu dulu sebelum orang tu leh ambik barang.. And sejak org tu ubatkan dia, anugerah dia tu mcm dah kurang gitu, tak mcm dulu la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2010 09:50 AM | Show all posts
So, lepas mengubat tu, org tu ckp barang tu dia takleh ambik, sbb apa aku x tau... Aku x abis tanya dia lagi. And barang tu mmg tak ambik sampai skang.

Tapi, sakit dia beransur sembuh sendiri sbb masa tu dia dah start aktif masuk hutan.. And everytime dia masuk hutan sakit dia pun baik jugak. Dia kata maybe org kat hutan yang tolong dia.. Sape tu, aku pun x taw..

Tapi, dia selalu la kdg2 pasang jerat landak kat hutan belakang umah dia. Cuma kdg2 before dia pegi tu, dia akan dpt mimpi atau ada org ketuk pintu umah tengah2 mlm buta bertalu2.. and selalunya kalau dia pegi jugak lepas tu, mesti dia takkan dapat apa2 ataupun, kalau dapat, landak tu akan putus kepala .. Kira tak gunalah, taraf bangkai gitu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2010 10:04 AM | Show all posts
Ok, aku citer pasal anugerah dia. Dia ckp masa dia belasan tahun, dia ada mimpi pasal sorang tua bawak dia pegi mekah gitu. Org tu ajak dia tinggal kat situ tapi dia ckp dia nak balik rumah...

Dua kali la dia mimpi benda ni. Second time, dia dah keje kat JB, umur dalam 20++ gitu. Pun dia tolak jugak, nak balik rumah katanya. Dia tak pasti apa jadi kalau dia setuju.

Tapi, dia ckp lepas dia mimpi tu kalau sakit, dia doa sikit and tekap dgn tangan tempat sakit, maka sakit kurang sikit. Tapi kat diri sendiri aje, kat org lain takleh. And ada sekali tu, dia gi umah org sakit, dia nampak mcm bayang2 kat depan org sakit tu. Dia tak pasti org tu sape sbb tak bermuka tapi yang pasti org tu pompuan..

So, dia pun baca2 serba sikit ayat Al Quran and bayang2 tu hilang. Tak lama lepas tu, budak yg sakit tu start beransur pulih.

And yg paling aku seram dengar, kadang2 dia penah gi ziarah org sakit. Kalau org tu dah nak mati, dia akan rasa lain mcm. Mula2 dia heran jugak tapi lama2 dia dah biasa. Cuma ada sekali dia terlepas ckp dgn famili sedara dia jugak, org tu sakit and dia dah rasa lain macam, so dia pun bagitau anak2 org tu, panggil adik beradik yang lain balik tengok takut tak sempat. Malam tu, org tu meninggal. Start dari tu, orang takut kalau dia dtg ziarah org sakit

And dia selalu dapat mimpi alamat kdg2.. Mcm org yg buat dia tu.. Sbb tu dia bengang bila org yg ubatkan dia ckp dia ada hantu sbb anugerah tu dia dpt sendiri and dia kata..

So, lepas dia dah baik dari sakit tu, sedara dia yang buat dia tu mcm sakit kowt agaknya sbb lama org tu kuar dari Tioman. And bila dia balik semula, dia x berapa nak bercakap dengan kawan aku ni. Macam malu kekdahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 10:29 AM | Show all posts
owh... dasat gak kawan ko nih kan... mst mcm2 poengalaman dia ada..

kesian lak kt dia org xsuka dia p melawat org sakit. hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 10:33 AM | Show all posts
layan cerita2 kawan TT ni. sangat menarik. cerita la lg,kalau ada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2010 10:40 AM | Show all posts
Reply 15# hijau_serindit


Tapi sekarang dia takleh nak rasa lagi kalau org tu dah nak sampai ajal.. Anugerah dia yang itu dah takde lagi. Cuma kdg2 mimpi alamat tu ada la jugak... Jap lagi i cerita pengalaman dia masuk hutan carik gaharu kat area Nipah, pulau tioman jugak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2010 10:50 AM | Show all posts
Ni citer dia masuk hutan Nipah..

Dia dulu selalu masuk hutan carik gaharu and biasanya dia pergi dengan geng dia yg sorang tu. Diorang berdua selalu masuk hutan kdg2 lebih dari seminggu nak carik kayu gaharu.

Ada sekali tu dia bermalam area Nipah, tapi bukan tepi pantai la, kat dalam hutan sikit. Nipah ni tempat yang ada hutan bakau walaupun tepi pantai. Tempatnya mcm scary sikit... Balik umah malam ni i carik gambar2 Nipah yang i penah ambik.

So, masa dia masuk hutan tu dia bertiga dengan geng dia and sorang kawan lagi. Diorang berdua tido dalam khemah. Dia pulak lebih suka tido kat luar dalam sleeping beg.

Masa dia syok tido tu, dia tersedar bila ada org usap2 muka dia. Dalam terpisat2 tu dia nampak pompan tua muka hodoh tengah tengok dia .. Muka pompan tu scary tapi takdelah macam marah ke apa.. So, dia pun dalam mamai2 tu pindah tempat and tarik zip sleeping beg sampai atas.. And tertido balik..

Masa dia tido balik tu dia mimpi dia sampai kat satu kampung and sorang budak tu cakap.. "tulah, masuk kampung orang tak bagi salam.. kalau nak carik benda, bagitaulah, boleh tolong"..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2010 10:59 AM | Show all posts
Nipah ni dulu area yang paling banyak sekali penduduk, ni citer org2 tua la.. Sampai sekarang ni, kalau pegi area Nipah, kalau rajin mengorek tanah, boleh jumpa serpihan tembikar, barang2 lama.. Pantai yang sebelah Nipah tu pun ramai gak dulu pencari harta harun serbu..

Lepas tu, ramai gak yang mati kena serangan lanun.. So, nak sembunyi dari lanun, ada yang lari masuk dalam hutan. And last2 mati kut agaknya dalam hutan tu. Dalam hutan tu dekat2 dengan pantai ada jugak serpihan pinggan mangkuk lama..

Tahun lepas, aku and kawan aku ni pi la masuk hutan Nipah ni, najk nengok air terjun kat dalam hutan tu, siap berkhemah kat atas tu. Seronok jugak tapi hari last kitorg sesat... Sampai aku pun tak tau aku leh lepas turun ke tak.. nanti aku citer..

Nak gi discussion sat gi..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 11:08 AM | Show all posts
cerita bes..teruskan   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.578900 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list