CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 611|Reply: 7

Dibesarkan Dalam Suasana Toksik, Anak Balas Dendam Jadikan Ibu Bapa Menu BBQ

  [Copy link]
Post time 1-6-2023 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Kaedah yang disangka terbaik bagi ibu bapa membesarkan anak mungkin memberi tekanan melampau dan trauma berpanjangan.


Malang nasib Henry Chau Hoi-lueng apabila membesar dalam persekitaran toksik, lapor Kisah Dunia.


Kisah yang berlaku pada 2013 ini mengejutkan rakyat Hong Kong waktu itu.








Henry yang intrivert mendakwa kerap dipaksa melakukan perkara yang tidak disukai sejak kecil termasuklah belajar bermain piano.


Bapanya, Chau Wing-ki, dan ibunya, Moon Siu Yuet-yee digambarkan sebagai penjaga yang kerap mengetepikan perasaan anak.


Apabila dewasa, Henry pilih untuk memutuskan hubungan dan tinggal berasingan.


Bagaimanapun, pada suatu hari lelaki itu menjemput ibu bapanya untuk makan tengah hari di rumah. Justeru mereka menganggap ia adalah sesi reunion biasa.


Sebaliknya, Henry dengan seorang rakan subahat melakukan penganiayaan hingga mereka berdua ‘menutup mata’.








Difahamkan, dia mengambil masa tiga bulan bagi membuat perancangan rapi termasuklah pembelian peti sejuk dan ketuhar gelombang mikro.


Liciknya, Henry yang saat itu berusia 28 tahun membuat laporan polis kononnya ibu bapanya lesap selepas pergi ke Tanah Besar China.


Berita itu turut dikongsikan dengan pihak media selain mencipta grup Facebook untuk orang ramai menyalurkan sebarang maklumat jika perlu.


Lakonan palsu itu bagaimanapun berjaya dihidu polis apabila hasil siasatan mendapati kepala Glory Chau dan isterinya ditempatkan dalam peti sejuk.


Manakala bahagian lain pula disalut dengan garam untuk dimasak ala-ala BBQ. Sisa lain yang tidak muat disusun dalam peti ais telah siap dimasak, kemudian dibungkus dalam bekas makanan.


Polis juga yakin anggota lain yang gagal dikesan sudah dimakan oleh lelaki itu.








Ketika perbicaraan, hakim menyifatkan Henry seorang yang narsistik. Baginya, segala hal buruk yang terjadi adalah kerana orang lain dan bukan salahnya sendiri.


Henry yang didakwa atas dua pertuduhan serius dihukum penjara seumur hidup. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 06:18 PM | Show all posts
Bukan membesar dlm persekitaran toksik, tp ahbeng nih spoilt brat. makpak sekolahkan sampai NZ dan tanggung hidup dia sampailah dia org kena bunuh. acah2 anak org kaya dan high class konon. dia pernah paksa parents jual apartment pastu duit bahagi tiga - satu bahagian utk abg sulung, satu bahagian utk dia, satu bahagian sharing makpak. ko hadooooo?

satu lagi, dia cuba hilangkan bukti dgn tapaukan daging2 bbq makpak dia dlm bekas mcm siap utk diagih2kan kpd org ramai, kemungkinan besar utk homeless ppl.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
nauzubillah. minta di jauhkan.rase diri tu entitled and berhak dapat apa shaja pun sgt bahaya. patut kenaka  hukuman paling berat. sampai hati kau buat mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox: Bukan membesar dlm persekitara ...


Teruknye ah beng ni....narsistik melampau. Xde perasaan sayang ke kat parents sendiri...mmg gila bengbingai ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 1-6-2023 06:58 PM
nauzubillah. minta di jauhkan.rase diri tu entitled and berhak dapat apa shaja pun sgt bahaya. patut ...

Risau....anak2 zmn skrg mmg ramai ada rasa entitlement dlm diri diaorg. Konon berhak dpt itu dpt ini. Tgk jelah kat luar ramai spoilt kids
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2023 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 1-6-2023 06:18 PM
Bukan membesar dlm persekitaran toksik, tp ahbeng nih spoilt brat. makpak sekolahkan sampai NZ dan t ...

Tengok muka pun dah tau jenis me me me..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Best apa dapat main piano. Berapa ramai yg nak belajar main piano tapi tak kesampaian.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.098418 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list