CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3722|Reply: 27

Siti Nordiana Selalu Digosipkan Dengan Rakan Artis "Macamlah Saya Ni Lawa Sangat Dan Muda Lagi"

[Copy link]
Post time 30-5-2023 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Nama dan populariti Siti Nordiana langsung tak terjejas walaupun dengan kemunculan ramai penyanyi baru.


Katanya undangan persembahan tidak pernah putus dan dirinya terus bertahan dalam bidang seni sejak lebih dua dekad lalu.


Foto: IG




Nana juga mempunyai impian untuk mengadakan konsert skala besar sekali gus meraikan ulang tahun ke-23 pembabitannya dalam industri muzik tanah air.


"Saya merancang untuk buat konsert skala besar atau sekurang-kurangnya 'showcase' tahun depan khusus buat peminat yang setia menyokong dari dulu.


"Semuanya masih dalam proses dan perancangan lagi kerana ia membabitkan aspek penajaan, lokasi dan sebagainya. Saya juga mahu semua peminat datang dan harga tiketnya pula berpatutan," katanya kepada Harian Metro.




  



Berkongsi mengenai perkembangan karier nyanyiannya pula, kata Siti Nordiana, dia akan muncul dengan dua single baru tahun ini.


"Single baru berjudul Arah Cinta ciptaan Ikhwan Fatanna dan akan dikeluarkan Jun ini. Ia sudah siap dan dalam proses untuk buat video klip. Lagu genre pop balada ini istimewa kerana ia menguji kemampuan vokal saya dan diterbitkan sendiri," katanya yang kali terakhir muncul dengan single berjudul Angkara pada 2021.




  



Ditanya mengenai single duet terbarunya pula, kata Siti Nordiana, dia mahu merahsiakan terlebih dulu nama penyanyi yang akan berduet dengannya.


"Saya pernah berduet Khai Bahar tapi kali ini, saya pilih artis yang seangkatan dan sebaya tapi mahu peminat untuk menekanya nanti.


"ada masa sama, saya juga tidak mengambil tawaran lakonan kerana mahu fokus pada pembikinan dan promosi dua single baru pada tahun ini," katanya.




  



Mengenai pencalonannya dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke -35 pula, kata Siti Nordiana, dia bersyukur kerana namanya tersenarai dalam pencalonan awal menerusi dua kategori iaitu Penyanyi Wanita Popular dan Artis Koloborasi/ Duo/ Berkumpulan Popular dengan penyanyi Bunga (lagu Amaran).


"Saya bersyukur kerana tercalon dalam dua kategori terbabit dan melihat persaingan dengan calon lain secara sihat.


"Soal mara ke Top 5, kalah atau menang, saya serahkan sepenuhnya kepada undian peminat dan kelab peminat," katanya.




  



Siti Nordiana mengakui dirinya sudah lali setiap kali digosipkan dengan artis yang digandingkan dengannya.


"Bukan saja dengan rakan artis seperti Khai Bahar, saya juga turut digosipkan dengan pengurus sendiri, Anas. Mana saja pelakon yang dekat akan digosipkan dengan saya. Macamlah saya ni lawa sangat dan muda lagi," katanya.


Hakikatnya, kata Siti Nordiana, dia masih solo dan belum memiliki teman istimewa lagi.


  



"Saya masih solo dan tidak pula mencari jodoh. Namun, jika sudah bertemu calon sesuai atau sudah bersedia untuk berkahwin, saya tidak akan merahsiakannya dari peminat kerana usia pun makin meningkat," kata ibu tunggal kepada anak lelaki, Muhammad Rayyan Nakhaie, 15, ini. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 10:22 AM | Show all posts
besarnya lahai rayan tu
elok nana jaga



Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
daku xda la follow Nana ni. tp nmpknya mcm pandai bw diri sesuai status.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
tgk life dia happy2 je
janji hati happy kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 02:31 PM | Show all posts
dia enjoy dan selesa hidup berdua je dng anak dia. tak payah kecoh nak carik bf la..sugar dedi la..nak jadik penyondol@penyundal musibat la bagai....just live life to the fullest nana...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 02:32 PM | Show all posts
betul tu...

apoooo semua orang muda ko nak jodohkan dengan si nana ni... tak boleh belah ponen bottom pun korang sanggup mengaminkan dengan sheols semata2 nak pedajal sheols dengan andartu dayang tu bagi menonggeng kehausan sampai ke subuh hari2...

hello theyolsss pun tau yach mana laki mana pompuan...

yang pasti tok batin orang asli tu dah boleh start simpan sosej banyak2 untuk makan nanti dengan buat rumah dari deduan kering... semoga nana menang saman keatas makhluk2 rhoper macam gampunk tu semua....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2023 02:37 PM | Show all posts
aku tak sabar nak tengok gang live mengumpat dapat balasan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus nana..kau sangat realistic & genuine.....hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka jwpn ct nana walaupn aku bukn peminat. Jelas dn ringkas. Jawapan dia nmpk "janda" matang dn mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia nmpak mcm budak baik je. Tak taksub dengan populariti mama dia pn.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira kuat nana ni, xsibuk nak berlaki balik..maybe sebab ada anak dia tak pedulikan lain2
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
tak semua janda hauk..ni contoh yg elok..anak terjaga sronok enjoy hidup dgn anak dia..anak pun relax2 xde kecoh apa
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 10:14 PM | Show all posts
bagus dia sedar diri
aku x minat suara dia
tapi so far x dengar lagi cerita tak elok pasal dia
kecuali issue gang menyumpat live
dok je la berdua dngn anak
esok2 ada jodoh semoga yang terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya jwpn nana ni.. walaupon iolls tak berapa minat suara sheolls tp iolls salute dgn cara sheolls bawa diri as ibu tunggal.. anak pon npk elok, sheolls pon tak ada gossip, pakaian sejak bertudung pon ok, tak lah jadi terpaling
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak bahagia je dia ngn anak dia.
Kalau dia nak kawen lagi lama dah dia kawen, dia bkn muda lagi nk tangguh2.
Tp nampaknya dia mcm dh selesa dgn kehidupan skrg ni.
Anak pun tinggal berapa tahun je lagi nk abis sekolah pastu kang masuk u dan keje.
Dah tak payah nak pening2 pala dah, pastinya rayyan akan jaga dia ngn baik juga nnt.
Dia ngan balu ex laki dia dedua tak kawen baru lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus nana.. moga sukses selalu. knapa ckp tk cantik.
nana ni tinggi lampai. cantik je.
pandai jaga diri. ada anak lelaki yg boleh jaga dia. atau nana kecewa sgt kot masa bercerai dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2023 07:40 AM | Show all posts
sorry acik nana...kau dah sendu
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 30-5-2023 11:48 PM
Nampak bahagia je dia ngn anak dia.
Kalau dia nak kawen lagi lama dah dia kawen, dia bkn muda lagi n ...

Eh, bukan ke balu ex laki dia dah kahwin baru. Akak kat ofis aku kata balu ex laki dia adik tiri akak tu, katanya balu tu dah kahwin baru dah. Kalau salah harap maaf ya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
galleria23 replied at 31-5-2023 08:08 AM
Eh, bukan ke balu ex laki dia dah kahwin baru. Akak kat ofis aku kata balu ex laki dia adik tiri a ...

Oh dh kawen ye sbb sblm ni kat porem ada org share ig dia kot.
Pastu katanya balu pun setia, so kita tgkla sapa paling setia ha gituuu
Balu dia tu dulu keje belakang tabir kan tak pasti la ada belakon gak ke tak tp dia mcm kenal je ngn artis2 ni. Ada je artis yg komen kat ig dia.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus peel gini.
Pandai bawak diri.
Dr tak minat pun, org jadi kagum.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.738561 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list