CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

[Kedah] 2 beradik jaga ibu sakit kanser payudara selepas pulang dari sekolah

[Copy link]
Post time 20-5-2023 02:59 PM | Show all posts |Read mode

Sofiah Yusof (tengah) melihat ubat yang perlu diamalkannya untuk kanser payu dara bersama dua anaknya di rumah mereka di Kampung Tandok, Kubang Rotan Hilir, Jalan Kuala Kedah. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Alor Setar: "Sejak disahkan menghidap barah payu dara Januari lalu, saya hanya mampu duduk di atas katil manakala tugas harian di rumah diuruskan dua anak selepas mereka pulang dari sekolah," kata Sofiah Yusof.

Sofiah, 54, disahkan menghidap barah payu dara selepas pemeriksaan di sebuah klinik kerajaan di Kuala Kedah sebelum kesnya dirujuk di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

"Pada mulanya, sayab dapati payu dara kanan bengkak serta sakit.

"Saya dapatkan rawatan di sebuah klinik di Kuala Kedah sebelum dirujuk di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)," katanya ditemui di rumahnya di Kampung Tandok, Kubang Rotan Hilir, Jalan Kuala Kedah di sini, hari ini.

"Selepas menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan termasuk imbasan tomografi berkomputer (CT Scan), doktor mengesahkan saya menghidap barah payu dara tahap tiga.

"Saya sudah menjalani pembedahan membuang payu dara kanan selain rawatan kemoterapi," katanya lagi.

Menurut Sofiah, suaminya meninggal dunia enam tahun lalu menyebabkan dia kini bergantung sepenuhnya pada wang bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, wang itu digunakan untuk perbelanjaan sekolah dua anaknya, Siti Aisyah Abdullah, 15, dan Muhammad Aliff Adam, 12.

"Setiap hari Siti Aisyah berjalan kaki ke sekolah yang terletak tidak jauh dari rumah manakala Muhammad Aliff pula menumpang jiran.

"Balik dari sekolah, mereka buat kerja rumah termasuk memasak dan mengemas serta mencuci pakaian kerana saya tak berdaya nak buat semua itu sejak sakit," katanya.

Sofiah berkata, dia memang bercadang hendak membaiki rumahnya terutama di bahagian atas yang sudah reput di makan anai-anai dan hampir roboh.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mempunyai wang yang cukup kerana wang yang ada hanya cukup untuk makan minum, perbelanjaan persekolahan anak-anak serta kos ulang alik ke hospital.

"Saya pergi HSB pun seorang diri dengan menaiki teksi dan tambang sekitar RM60 tetapi ada kalanya saya tumpang sepupu.

"Saya tidak tahu hendak meminta bantuan daripada siapa lagi kerana saya sakit manakala anak-anak pula masih kecil tetapi bercita-cita tinggi untuk terus belajar," katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional miliknya di 0200641000098133.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal, mengunjungi keluarga itu dan menyampaikan sumbangan kepada mereka.

"Rawatan barah mengambil masa panjang dan pesakit memerlukan wang yang banyak untuk kos ulang alik serta membayar bil perubatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pulang-dari-sekolah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.058119 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list