View: 509|Reply: 2
|
Pekerja Pasar Raya Di Kota Kemuning Lempar Dan Hempas Daging Beku Atas Lantai Kotor, Yang Lain Tengok Je Ke?
[Copy link]
|
|
Tular sebuah rakaman memaparkan pekerja sebuah pasar raya di Kota Kemuning, Bukit Rimau, Shah Alam, Selangor melempar dan menghempas daging beku atas lantai kotor, disaksikan pekerja lain.
Perbuatan jijik yang dipercayai dilakukan salah seorang pekerja warga asing itu mengundang perhatian warganet yang tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan serta ketelusan proses jualan bahan mentah di pasar raya berkenaan.
Tangkap layar kejadian
Justeru, rata-rata warganet menggesa pihak berkuasa mengabil tindakan tegas berhubung kejadian terbabit.
"Tak boleh biarkan perkara ini berlarutan, mungkin daging itu terlalu beku tetapi jangan sampai baling dan jual makanan kotor kepada pelanggan, ini kes aniaya," kata Fazli Mokhtar.
"Hakikatnya ini la cara kerja mereka lagi-lagi pekerja warga asing yang memang tak fikir apa bila bekerja, tahu nak duit dan kerja sambil lewa," ujar Nur Fadhlin.
"Kalau macam ini la gaya dia buat kerja, baik tak payah jual biar boikot pun tak apa kalau macam ini, kita beli harga mahal tapi dia buat macam sampah jijik," jelas DurrahHanani00.
Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan polis berkaitan isu terbabit. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan.
Sumber: Majoriti
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm pasaraya ekonsef jahh.. meolls mmg jijik pegi ekonsef sbb bahagian ikan sayur semua kotor..puikk sajork |
|
|
|
|
|
|
|
bukan Islam ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|