CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 392|Reply: 1

"Tak Tengok Jadual Terus Locked!"- Floor 88 Teruja Sangat Dapat Kongsi Pentas Dengan Wali Band

[Copy link]
Post time 16-5-2023 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham teruja untuk membuat konsert bersama kumpulan terkenal Indonesia, Wali Band di Zepp KL pada Sabtu ini.


Katanya sebaik sahaja mendapat tahu tentang tawaran untuk berkolaborasi dengan kumpulan tersebut, mereka tidak berfikir panjang untuk menerimanya.


Foto: IG




“Awalnya, manager kami hantar WhatsApp beritahu ada satu konsert ni nak colab dengan Wali Band, kami berenam-enam terus kata locked, terus kata ‘on’ walaupun tak tengok jadual lagi sama ada sibuk atau ada kerja lain pada hari itu.


“Sebab ini ada penghormatan terbesar buat kami bila dapat digandingkan dengan band dari negara seberang lebih-lebih lagi mereka pernah menjadi fenomena pada ketika dulu,” ujarnya.


Selain itu, Ayie turut memberitahu Floor 88 dan Wali Band mempunyai persamaan yang sama dari segi muzik menguatkan lagi keinginan mereka untuk berkolaborasi.




  



“Saya boleh katakan lagu Floor 88 dengan Wali Band lebih kurang sama, dari segi muzik, maksud lagu dan penceritaannya. Bezanya cuma satu di Malaysia dan satu lagi di Indonesia.


“Ini merupakan satu peluang yang kami tak akan lepaskan. Bila dapat berkolaborasi dengan artis luar negara, ia satu penghormatan buat kami,” katanya.


Sementara itu, dia mendedahkan pernah dilamar oleh sebuah syarikat untuk membuat konsert di Indonesia, namun disebabkan jadual kerja yang padat, Floor 88 terpaksa tolak.


“Floor 88 memang dah ada plan nak tembus ke pasaran Indonesia di mana masa lagu Hutang tengah viral dekat sana. Tapi malangnya jadual kami sangat-sangat padat.


“Jadi kami tangguh dulu projek nak ke sana. Sebelum ni memang ada satu company yang nak Floor 88 buat konsert dekat sana tapi kami terpaksa juga tolak secara baik,” jelasnya. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2023 08:37 AM | Show all posts
euwwww sgt muka yaie tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.349383 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list