View: 10838|Reply: 3
|
[Dunia]
Pipi luka dan cedera semasa bercukur-lelaki saman syarikat pisau cukur, menang RM28 ribu
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki yang mengalami kecederaan ketika bercukur akhirnya dibayar pampasan bernilai $6,250 (sekitar RM28,116) daripada syarikat pengeluar pisau cukur yang dibelinya.
Nick Silverthorn, 48, dari London, membeli pisau cukur jenama sebuah pasar raya dari salah satu cawangan berhampiran lokasi tempat tinggalnya.
Tetapi apabila menggunakannya untuk kali pertama, mata pisau cukur berkenaan mencederakan pipinya sehingga luka.
Nick berkata dia mendapati salah satu mata pisau cukur tertanggal dan percaya ia telah rosak sebelum digunakannya.
Mengalami trauma dan tidak mahu perkara sama berlaku kepada orang lain, Nick memutuskan untuk menyaman syarikat pengeluar pisau cukur itu.
"Pipi saya berdarah selama lebih 20 minit. Saya mengambil tindakan untuk melindungi orang lain supaya tidak senasib seperti saya.
"Ini adalah kesalahan yang serius. Ia adalah soal prinsip untuk membawa nama besar (syarikat) ke pengadilan. Saya melakukannya dan menang," katanya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wah siap pakai keffiyeh lagi. Tak pakai spec tadi ingat jeremy irons.
|
|
|
|
|
|
|
|
Electric shaver yang saya gunakan tu pun boleh melukakan juga, sudah berapa kali berdarah. Mungkin nak kena saman juga! |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 12-1-2025 12:01 PM
Electric shaver yang saya gunakan tu pun boleh melukakan juga, sudah berapa kali berdarah. Mungkin n ...
Settled out of court dapat £5k. |
|
|
|
|
|
|
| |
|