CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155|Reply: 0

Arsenal dah tak ada harapan - Odegaard

[Copy link]
Post time 15-5-2023 10:25 AM | Show all posts |Read mode

RIAK kekecewaan Odegaard selepas tewas kepada Brighton. -FOTO Reuters

London: Martin Odegaard mengakui impian Arsenal untuk merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah berakhir selepas kekalahan 0-3 kepada Brighton dan meletakkan Manchester City di ambang untuk dinobatkan sebagai juara.

Kapten Gunners itu kecewa dengan prestasi pasukan pada separuh masa kedua sehingga membenarkan Julio Enciso, Deniz Undav dan Pervis Estupinan menjaringkan gol di hadapan penyokong sendiri di Stadium Emirates.

City akan memenangi kejuaraan buat kali kelima dalam enam musim dan untuk tahun ketiga berturut-turut, jika Arsenal tewas di Nottingham Forest pada hari Sabtu.

Walaupun pasukan Mikel Arteta yang kini di kedudukan tempat kedua liga menewaskan Forest, gelaran itu akan tetap menjadi milik City jika pendahulu itu menang di tempat sendiri menewaskan Chelsea pada 21 Mei atau meraih tiga mata dalam dua lagi perlawanan mereka di Brighton dan Brentford.

Ditanya sama ada perlumbaan kejuaraan sudah berakhir, Odegaard berkata: "Ya, rasanya begitu. Ia akan menjadi sangat sukar sekarang kita harus jujur. Sukar untuk mendapatkannya.

"Ia bukan satu perasaan yang baik pada masa ini. Cara kami bermain, terutamanya pada separuh masa kedua, saya tidak tahu apa yang berlaku secara jujur. Rasa macam dah tak ada harapan lagi."

Selepas mendahului carta untuk tempoh yang lama, Arsenal dikatakan berpeluang memenangi gelaran pertama sejak 2004.

Namun dengan hanya dua kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir mereka serta City berterusan memberi tekanan dengan kemenangan 11 perlawanan berturut-turut melenyapkan impian Arsenal.

Di sebalik kejatuhan di penghujung musim pemain tengah Norway, Odegaard menegaskan pemain muda mereka cukup kuat dari segi mental untuk menghadapi tekanan perebutan kejuaraan.

"Kami mahu datang ke sini dan meneruskan persembahan seperti dua perlawanan terakhir sebelum ini, dapatkan keputusan yang baik dan teruskan usaha. Tapi keputusan ini satu kekecewaan besar," katanya.

"Saya tidak fikir mentaliti adalah satu isu. Kami bermain dengan baik tetapi dalam permainan itu adalah cerita yang berbeza dan kami perlu menerimanya dan belajar daripadanya."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... da-harapan-odegaard
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.041561 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list