CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1254|Reply: 18

Eizlan Yusof Diboikot? Dah 6 Bulan Langsung Tak Dapat Job Selepas Bertanding Di PRU

[Copy link]
Post time 10-5-2023 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Datuk Seri Eizlan Yusof mengakui sudah enam bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon terutama drama.


Eizlan menyedari keadaan tersebut selepas beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), mewakili parti Gabungan Tanah Air (GTA) di bawah Pejuang, November lalu.


Foto: IG




Eizlan bagaimanapun tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Kalam Salam yang meraih 17,973 undi.


"Sejak November lalu, tawaran berlakon drama memang 'sunyi' berbanding sebelum ini.




  



"Tawaran berlakon filem ada, tetapi, untuk stesen televisyen (TV), tiada langsung.


"Tidak tahulah sama ada industri sekarang memang 'sendu' atau ada cerita lain di sebaliknya. Saya tidak tahu," katanya kepada Berita Harian.


Ditanya adakah beliau diboikot berikutan pembabitan dirinya dengan parti politik pembangkang, pelakon filem PASKAL dan Town Mall ini tidak berani mengesahkan perkara itu.




  



"Saya pun tidak dimaklumkan alasan mengapa. Saya tak berani hendak sahkan perkara itu (boikot).


"Cuma ini adalah tempoh paling lama saya berehat daripada penggambaran. Ketika zaman gawat dahulu, saya masih terima tawaran berlakon.


"erkara ini masih lagi menjadi misteri buat saya. Tepuk dada tanyalah selera," katanya berkias.




  



Sehubungan itu, Eizlan banyak menghabiskan masa bersama keluarga selain menguruskan perniagaan.


  



Vibes International Agency adalah sebuah agensi yabg ditubuhkan Eizlan untuk mencari bakat bagi platform media sosial TikTok. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2023 10:34 AM | Show all posts
parti mahadey?

tgk la skrg sapa jd PM...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2023 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu la tak pandai, lain kali jadi lah lalang macam tokti untuk teruskan kelangsungan hidup. Kena pandai2 mengipas.

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 08:25 AM | Show all posts
padan muka ko
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dato seri harap job berlakon je? Dato seri laa sgt…
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaya kan. Katanya biz sana sini. So tak pe la tak berlakon.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2023 08:28 AM | Show all posts
Maksud lakonan ko tak mantap
kalau mantap, orang tak kira pun party affiliation kau
kaka harap orang boikot wawa dan laki dia jah
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Lerrr....dah sape suh ikut atok.....org tua tu Langkawi pun taknak terima. Kau muda pi join org tua apa hal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2023 09:05 AM | Show all posts
jadi lah lalang macam tok ti, tok nil untuk kelansungan dan kerelevenan hidup
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakalan jd mcm sapa ntah? Pelakon Leftenan Adnah tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 01:11 PM | Show all posts
gmbr jumpa org kg elok berkemutih rambut


gmbr yg lain2 tu hitam pekat je

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhhhhhhh.. Kaya kan.. Dato kan... Xkan la harap duit berlakon.. Baik ddk rumah tgk kan anak2x tu... Duit dtg dr sumber lain.. Xkan xde income lain??
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 11-5-2023 10:01 AM
Bakalan jd mcm sapa ntah? Pelakon Leftenan Adnah tuh.

Hairie Othman?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 11-5-2023 01:32 PM
Hairie Othman?

Ye, ye. Btul tu. Lps berkempen utk PAS trus tenggelam tak timbul2.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
benda dulu2 dah jadi, baru rasa ke?

sian...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 02:34 PM | Show all posts
Kehkeh..tak pe la, asalkan tak nampak sangat lalang mcm tokti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2023 02:40 PM | Show all posts
Orang bukan boikot. Kalau ada kawan korang tetibe gigih masuk politik pung pang pung pang, secara organiknya korang akan pergi support siap tolong pasang bendera apa bagai ke atau korang kata oh wow ape ni kemudian jarakkan diri sikit dari keanehan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ptt Dato Seri ikut Fendi X Factor keja 9 - 5 dulu
Masuk ofis pakai smart
Nak sokong parti apa pun lps waktu ofis takde sapa nak ambik tau
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2023 03:54 PM | Show all posts
dah sendu laaaa....sbb tu tak de job....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kerana gaji minimum RM1700:Yuran tadika, taska naik hingga 25 peratus tahun depan.Wajar atau tidak?
YgBenarKerana gaji minimum RM1700:Yuran tadika,
Views : 5790 Replies : 24
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 108949 Replies : 6505
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 84810 Replies : 3164
Na'imah gagal tangguh cukai RM313.82 juta
maklukpenggodaNa'imah gagal tangguh cukai RM313.82
Views : 57403 Replies : 31
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 72344 Replies : 645
Hadi ponteng belanjawan tarik perhatian netizen, 'Tak payah lah jadi MP, letak jawatan'
maklukpenggodaHadi ponteng belanjawan tarik perhatian
Views : 51786 Replies : 11
Kenanga & Keluarganya
sharlenetexasKenanga & Keluarganya
Views : 6112 Replies : 14
Jamuan 2024
Tinot7Jamuan 2024
Views : 47 Replies : 20
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 38561 Replies : 150
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 128834 Replies : 1831

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.071267 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list