CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

Kubur Dikunci Bukan Kerana Nekrofilia, Tapi Elak Jenazah Baru Dikebumikan

[Copy link]
Post time 8-5-2023 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Bukan di Pakistan, sebaliknya kejadian kubur digril dan dikunci dengan mangga yang dikatakan bagi mengelak nekrofilia, berlaku di India.


Aktivis sosial di India yang memuat naik gambar itu di Twitter membuat ciapan pada 30 April lalu mengenai kubur berkenaan berada di Hyderabad di India, bukannya di Pakistan.


Dengan menggunakan carian imej Google Street View, lokasi itu bertentangan dengan sebuah masjid di Hyderabad, Masjid-e-Salar Mulk.




FOTO tular memaparkan kubur berkenaan.




Asif berkongsi video muazin masjid, Muqtar Sahab menjelaskan gril itu diletakkan pada kubur itu bagi mengelak jenazah baharu dikebumikan di atas tapak kubur sedia ada.


"Kubur ini berusia kira-kira dua tahun dan satu-satunya sebab menguncinya kerana ramai orang akan mengebumikan jasad di kubur lama, tanpa bertanya.


"Ahli keluarga tidak meminta kebenaran pihak masjid untuk memasang gril yang terletak di tepi pintu masuk utama ke tanah perkuburan itu," katanya dalam bahasa Hindi.


Video itu menunjukkan muazin bercakap dengan pekerja sosial tempatan Abdul Jaleel, yang memberitahu AFP ibunya dikebumikan di tanah perkuburan sama.


"Banyak kali orang menanam jasad lain di atas kubur dan kemudian apabila seseorang itu mahu melawat nenek moyangnya, mereka kecewa kerana tidak menemui kubur mereka di sana," katanya.


Sementara itu, seorang wartawan AFP di Hyderabad membuat tinjauan di tanah perkuburan pada 2 Mei lalu sebelum merakam gambar kubur itu.


Pada 26 April lalu, satu gambar kubur dipasang gril dan dikunci dengan mangga itu tular di media sosial yang didakwa berlaku di Pakistan, hingga diulang ciap lebih 3,000.


Pengarang Pakistan yang berpangkalan di Australia, Harris Sultan turut berkongsi gambar itu bersama kecaman terhadap perbuatan seksual terhadap mayat dalam Twitter miliknya sebelum memadamkannya dan menggantikan dengan penjelasan dakwaan itu tidak betul.


Selain itu, akaun Twitter milik aktivis feminis Pakistan, Nishat Anjum juga berkongsi dakwaan itu sebelum menjadi sasaran kecaman kerana dakwaan palsu itu.


Maklumat salah itu juga tersebar di India, malah gambar itu digunakan pelbagai saluran berita yang mendakwa ia dirakam di Pakistan termasuk Times of India, Asian News International (ANI) dan akhbar berbahasa Hindi, Amar Ujala.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:36 PM GMT+8 , Processed in 1.016781 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list