CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

'Berguru' di Eropah langkah tepat

[Copy link]
Post time 6-5-2023 04:35 PM | Show all posts |Read mode

PAN-gon (kiri) ketika lawatan ke kelab West Ham. FOTO FAM

Kuala Lumpur: Menyedari standard saingan Piala Asia yang cukup tinggi dan kompetitif, langkah barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya 'berguru' di Eropah dilihat sebagai langkah tepat untuk memperkasakan pasukan negara sebelum ke Qatar pada Januari depan.

Corak permainan ala 'K-Pop' yang menekankan asas gerakan pantas dan berintensiti tinggi yang menjadi sebahagian kepada gaya permainan Harimau Malaya ketika ini, bakal ditambah dengan formula baharu hasil lawatan di Sepanyol dan England beberapa hari lalu.

Menurut jurulatih berpengalaman, B Sathianathan, elemen baharu dalam corak permainan skuad Harimau Malaya bakal disajikan oleh anak buat Kim Pan-gon nanti.

Katanya, gaya permainan pasukan dari Asia Barat yang terkenal dengan permainan agresif dan berfizikal dapat diatasi menerusi input yang diraih daripada lawatan di Eropah itu.

"Pasukan dari negara Arab ini biasanya menggunakan fizikal dan agresif dalam permainan. Saya fikir, Pan-gon mungkin boleh dapat sesuatu daripada lawatan di Eropah itu dengan mengambil maklumat bagaimana untuk kita berdepan pasukan seperti negara Arab nanti.

"Kemungkinan takkan ada banyak perubahan dalam corak permainan kita sekarang yang pantas dan laju, tapi akan ada penambahan dari segi agresif.

"Bagi saya ia bagus untuk persiapan kita sebelum ke Piala Asia di mana kita bakal berdepan pasukan-pasukan terbaik benua ini yang banyaknya dari negara Arab," katanya kepada Arena Metro.

Sebelum ini, staf kejurulatihan skuad Harimau Malaya di bawa ke Sepanyol dan England untuk menimba ilmu dengan kelab-kelab ternama seperti Barcelona, West Ham United dan Brighton & Hove Albion.

Sepanjang lawatan itu, barisan kejurulatihan negara berpeluang menyaksikan sesi latihan, melawat fasiliti latihan kelab-kelab terbabit serta bertemu beberapa pegawai dan staf kejurulatihan kelab termasuk pengurus Barcelona, Xavi Hernandez dan pengurus West Ham United, David Moyes.

Malah, rombongan itu turut dapat menyaksikan aksi La Liga dan English Premier League babitkan aksi kelab terbabit.

Untuk rekod, undian Piala Asia bakal berlangsung pada 11 Mei ini di Doha, Qatar dengan Malaysia diletakkan dalam balang terakhir iaitu balang 4.

Ini bermakna skuad Harimau Malaya tidak mempunyai banyak pilihan apabila dijangka berada sekumpulan dengan pasukan dari Asia Barat seperti Arab Saudi, Iran, Iraq, Oman serta gergasi Asia Timur iaitu Jepun dan Korea Selatan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ropah-langkah-tepat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.041573 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list