View: 139|Reply: 0
|
Padah tumbuk tiga pemain, Mladenovic digantung tiga bulan
[Copy link]
|
|
INSIDEN yang membabitkan Mladenovic bersama pemain Rakow. FOTO Agensi
Warsaw: Pertahanan Legia Warsaw, Filip Mladenovic digantung tiga bulan selepas memukul tiga pemain lawan ketika muncul juara di final Piala Poland.
Perkara itu disahkan oleh Persatuan Bolasepak Poland (PZPN).
Legia merangkul Piala Poland buaty kali ke-20 selepas menang penentuan penalti 6-5 ke atas pendahulu liga, Rakow Czestochowa, selepas perlawanan di masa sebenar berakhir tanpa jaringan.
Pemain menyerbu masuk ke dalam padang selepas sepakan penalti terakhir diselamatkan penjaga gol Legia, Kacper Tobiasz.
Mladenovic didatangi beberapa pemain Rakow dan pemain antarabangsa Serbia itu memberi reaksi dengan menumbuk ketiga-ketiga mereka sekali gus video berkenaan tersebar di media sosial.
Mladenovic, yang juga didenda sebanyak AS$28,925 (RM128,340) dan digantung bagi saingan liga serta piala bakal terlepas aksi pembukaan musim di mana akan bermula di Poland pada Julai depan.
Dia yang berusia 31 tahun dan mewakili Serbia di Piala Dunia Qatar tampil membuat permohonan maaf.
"Saya memohon maaf atas tingkah laku saya kepada pemain, terutama kepada Marcin Cebula, Wiktor Dlugosz dan Jean Carlos, dan kepada kakitangan Rakow Czestochowa, termasuk jurulatih Marek Papszun," tulis Mladenovic di Instagram.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... igantung-tiga-bulan |
|
|
|
|
|
|
| |
|