CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134|Reply: 0

Arsenal tak rela dikecewakan Newcastle

[Copy link]
Post time 6-5-2023 11:24 AM | Show all posts |Read mode

Mikel Arteta (kiri) dan Eddie Howe.

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berkata pasukan itu perlu bermain jauh lebih baik berbanding tahun lalu menjelang aksi menentang Newcastle United, malam esok untuk mengekalkan harapan tipis mereka bagi menjuarai Liga Perdana Inggeris, musim ini.

Kekalahan 0-2 di tangan Newcastle di St James Park musim lalu menyaksikan Arsenal mengakhiri saingan di kedudukan kelima dan terlepas tiket ke saingan Liga Juara-Juara manakala Newcastle berada di tempat ke-11 dengan sebelum itu berdepan kemungkinan tersingkir sebelum Eddie Howe mengambil alih selaku pengurus.

Aksi malam esok menjanjikan persaingan yang berbeza berbanding musim lalu dengan Arsenal ketika ini berada di kedudukan kedua dan sudah mengesahkan tiket ke saingan Liga Juara-Juara manakala Newcastle yang menghuni tangga ketiga dan hanya sekali tewas di laman sendiri tampil dengan misi untuk berada dalam kelompok empat teratas.

"Ia adalah perlawanan yang sangat berbeza. Setahun yang lalu ia menampilkan pemain yang berbeza, permainan yang berbeza. Kami perlu bermain lebih baik daripada apa yang kami lakukan tahun lalu, itu sudah pasti," kata Arteta kepada pemberita menjelang kunjungan ke St James Park, malam esok.



"Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar kerana mereka bermain dengan sangat baik di laman sendiri."

Kedua-dua pasukan berkongsi mata ketika pertemuan di Stadium Emirates, Januari lalu yang menjadi satu-satunya keputusan seri tanpa jaringan Arsenal musim ini.

"Itu adalah perlawanan yang patut kami menangi, namun kami tidak menang pada akhirnya," kata Arteta.

"Mereka adalah pasukan yang sangat bagus, mereka dilatih dengan baik, pemain yang bagus dan berada dalam persekitaran kelab yang baik.

"Mereka berada di kedudukan ketiga liga dan mereka memang layak…mereka berhak untuk berada di mana mereka berada ketika ini."

Sementara itu, Arteta memberitahu mereka perlu menunggu dan melihat sama ada bek tengah, Gabriel cergas untuk perlawanan itu manakala rakan pertahanannya William Saliba belum lagi diketepikan musim ini dengan baki empat perlawanan kerana pemain Perancis itu masih berusaha untuk bermain.

Sejak Saliba diketepikan, Arsenal kehilangan mata dalam perebutan kejuaraan, tiga kali seri berturut-turut sebelum tewas kepada Manchester City yang kini mendahului liga dengan kelebihan satu mata dan satu perlawanan dalam tangan.

"Ia mengenai proses pemulihan. Dari segi kesakitan dan perkara yang dia (Saliba) boleh lakukan sekarang di luar padang, dia dalam keadaan yang baik," kata Arteta.

"Tetapi kami perlu membina momentum itu untuk memastikan dia mampu memberi impak kepada pasukan apabila diturunkan." - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... kecewakan-newcastle
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.038363 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list