CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1820|Reply: 38

Pihak Lapangan Terbang Bagi Sumbangan RM1,500 Kepada Keluarga Wanita Maut Jatuh Celah Lif

[Copy link]
Post time 5-5-2023 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Berikutan kematian wanita warga Indonesia, Asiah Shinta Dewi Hasibuan yang terjatuh di ruangan bawah aci lif sebuah lapangan terbang, keluarganya menerima wang pampasan berjumlah lima juta rupiah (RM1,500).


Perkara itu dimaklumkan abang mangsa, Raja Hasibuan seperti dilaporkan Kompas.




Keluarga Asiah menerima sejumlah RM1,500 sebagai pampasan berikutan insiden yang terjadi.





Katanya, wakil pihak lapangan terbang berkenaan datang ke rumah mereka bagi menyerahkan sumbangan terbabit.


"Masa tu langsung tak berjumpa kami sebab dekat hospital untuk menguruskan proses autopsi arwah (Asiah)," ujar Hasibuan.


Sementara itu menurut kenyataan peguam, Hotman Paris, wang pampasan itu diberikan adalah sebagai tanda hormat terhadap keluarga mangsa.


Terdahulu, Asiah dilaporkan tidak pulang beberapa hari ke rumah mereka selepas menghantar anak saudaranya ke Lapangan Terbang Kualanamu.


Gara-gara bimbang dengan perkara itu, keluarga Aisiah meminta kakitangan lapangan terbang untuk mencarinya selepas mereka terputus hubungan dan tidak menemuinya di terminal.


Asiah kemudiannya ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh ke ruangan bawah aci lif lapangan terbang tersebut.


Tragedi yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu berlaku pada 24 April lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Medan, Indonesia.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2023 11:09 PM | Show all posts
How is this even possible?

RM1,500 untuk beli batu nisan ka? Hasibuan ni suku apa btw...

Banyak pula aku nak tanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
tp cite dia mcm pelik jer..adik i cite psl kes ni ..dah la cite masa nk masuk lift jua..tp mcm pelik..i kenot brain la kalau betul mcmtu..kecuaian diri sendiri..ralit main hp kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-5-2023 11:09 PM
How is this even possible?

RM1,500 untuk beli batu nisan ka? Hasibuan ni suku apa btw...

Kalau medan ni biasanya batak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Terjatuh ruang bawah aci lif ni cmne. Tak faham. Base lif tu tembus ke bawah ke cmne..takleh imajin ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 11:55 PM | Show all posts
dreamcatcher replied at 5-5-2023 11:15 PM
Kalau medan ni biasanya batak.

Tapi dulu2 kerajaan melayu. Now melayu pun dah tenggelam.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2023 11:23 AM | Show all posts
tak salah tgk video ritu, dia tersangkut dalam lif..dia telefon family bagitau tersangkut etc.. pastu bila lif terbuka, dia terus keluar. mungkin lif berhenti di antara tingkat dan ada gap antara lif, dia pulak terus keluar tak tengok2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2023 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg i baca kat hmetro online, duit rm1500 tu BUKAN wang pampasan..itu baru duit tanda simpati..mungkin utk kos kebumi agaknya..nanti dpt la wang pampasan tu..lawyer tgh deal la tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2023 01:04 PM | Show all posts
serius lah
rm1500 jer?

keluarga kena saman pengurusan epot ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 6-5-2023 11:23 AM
tak salah tgk video ritu, dia tersangkut dalam lif..dia telefon family bagitau tersangkut etc.. past ...

Bukan nmpk pintu lift yg blkg dia tu dh terbuka ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tengok video tu dia tak perasan pintu luf yg belakang dia tu yg terbukak sbb dia paling balik badan dia kat pintu yg dia masuk. So bila dia tengok nombor dah sampai kat level dia nak keluar tp asal pintu yg dia pandang tak terbukak (padahal pintu belakang yg bukak) dia jd panik. So maybe dia tekan emergency button ke apa pastu pintu yg dia pandang tu dah terbukak tu yg dia terus keluar sbb panik. Entahlah eih
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2023 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2023 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat ke dia force open pintu yg dia pandang tu..pintu tu terbuka ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini kejadian di Indonesia. What do you expect.

Kenapa thread dari wartawan cari tak ada tagging tempatan dan antarabangsa seperti orang lain?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2023 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam: tak salah tgk video ritu, dia  ...


Bukan tersangkut, lif tu ada 2 pintu depan & belakang… pintu yg terbuka kat belakang dia, tapi dia tak perasan, dia pergi buka paksa lif yg kat depan dia… dan terus keluar dr situ… tp lif yg tertutup tu tak attach dgn bangunan tu yg dia jatuh ke bawah… maksudnya bahagian bawah tempat lif tu naik turun… tak de orang tahu sampai mayat dia berbau lps 4 hari. Aku tgk cctv tu seram kalau bayangkan balik
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2023 04:15 PM | Show all posts
Aku tak berapa faham konsep lift kat sana tapi aku ada tengok video kat tiktok dia keluar je lift depan lift tu ada gap kosong antara lift dan ruang depan so dia jatuh di tengah2. Actually kalau tengok awalnya tak pasan dia jatuh tapi bila dorg tnjuk kt mana dia jatuh baru kita pasan..sbrnarnya tak faham apa motif dorg buat lubang gap depan lift tu..kalau tak dia, mgkn org lain pn blh jatuh kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2023 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah mangsa la..dlm video dia buka secara paksa..tolak dgn tgn..pintu terbuka.tapi xsama level dgn lif.dia main keluar..tu yg jatuh ke bawah lif
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2023 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama peguam Hotman Paris???
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2023 04:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 6-5-2023 05:41 PM
Nama peguam Hotman Paris???

ye, peguam femes kat sn, kaya ada lambo dan sk pmpn2 cantik keliling dia.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2023 04:38 AM From the mobile phone | Show all posts
chocobozhere replied at 6-5-2023 04:15 PM
Aku tak berapa faham konsep lift kat sana tapi aku ada tengok video kat tiktok dia keluar je lift de ...

baca komen2 kat youtube kat sana jrg ada lif 2 pintu so sb tu mangsa xtoleh blkg n try bukak pintu lif dgn tgn, lgpon sorg2 kan mgkin takut, panik dah berbunyi 'ting' kot bila smp ke tingkat yg dia nak tuju tp pintu xbukak
cuma knp pihak airport xcari mangsa smp 3 hari pdhal fml dah report bgtau mangsa hilang ms hr kejadian. drg ramai suspicious dgn pihak airport sb cctv mcm ada cut2.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.299800 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list