View: 456|Reply: 4
|
Pekerja Kacau Minuman Guna Tangan, Hotel Jepun Minta Maaf Lepas Dikecam Teruk
[Copy link]
|
|
Susulan dihujani kecaman, hotel popular di Jepun membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakan pekerjanya merendam tangan ke dalam minuman citrus.
Oddity Central kelmarin melaporkan, Hotel AWA Nishiizu di Numazu, wilayah Shizuoka, dikecam kerana merisikokan kesihatan pelanggan dengan melanggar peraturan kebersihan.
Oddity Central
Pada 23 April lalu, program televisyen tempatan, Beat Takeshi’s TV Tackle mendedahkan bahawa ramuan berwarna oren yang disimpan di dalam balang plastik di kafe hotel tersebut sebenarnya sirap diperbuat daripada limau mandarin yang diperah serta gula.
Namun, rahsia bahan tersebut adalah proses penapaian yang menggunakan bakteria daripada tangan manusia.
Menurut seorang kakitangan yang ditemu ramah, sirap tersebut ditapai dengan bantuan bakteria yang hidup pada tangan manusia, justeru, mereka menggunakan tangan kosong untuk mengacau air tersebut.
Seorang kakitangan lain kemudian menjelaskan bahawa sirap tersebut biasanya dicampur dengan air dan soda untuk menghasilkan ‘minuman kesihatan’. Ia biasanya diminum kira-kira 15 minit sebelum mandi untuk mendapatkan kesan detoks.
Oddity Central
“Terdapat Staphylococcus aureus dan bakteria lain yang biasanya hidup pada tangan kita, ia boleh menyebabkan keracunan makanan,” kata seorang pengguna Twitter.
Selepas insiden itu menjadi kontroversi, pengendali Hotel AWA Nishiizu membuat permohonan maaf dan memberitahu bahawa minuman tersebut tidak lagi dihidangkan di hotel tersebut.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Penjagaan kebersihan kendiri itu sangat penting |
|
|
|
|
|
|
|
Ecececeh
Axah2 geli pulak
Abis tu nak buat wine siap pijak2 guna kaki tak geli pulak yer |
|
|
|
|
|
|
|
ala..kat india kalau boleh sampai kat ketiak dia celup minuman |
|
|
|
|
|
|
| |
|