View: 148|Reply: 0
|
Bayern rampas takhta Bundesliga
[Copy link]
|
|
BAYERN mencatat kemenangan ke atas Hertha awal pagi semalam sekali gus berjaya memintas Dortmund untuk menguasai carta Bundesliga. – AFP
MUNICH – Bayern Munich kembali merampas tangga teratas Bundesliga dalam saingan yang cuma berbaki empat perlawanan lagi hasil kemenangan 2-0 ke atas Hertha Berlin di Allianz Arena kelmarin.
Gol-gol daripada Serge Gnabry dan Kingsley Coman pada minit ke-69 serta 79 membolehkan The Bavarians memintas Borussia Dortmund dengan kelebihan satu mata selepas lawan sekadar seri 1-1 dengan VfL Bochum.
Ia sekali gus memberikan kelegaan kepada jurulatih Bayern, Thomas Tuchel yang sebelum ini berdepan tekanan apabila gagal mencatat kemenangan daripada empat perlawanan terakhir dalam semua kejohanan.
“Semua orang sedar pasukan ini memerlukan sesuatu untuk bergerak lebih maju ke hadapan. Sebuah pasukan bola sepak perlukan impian dan tenaga yang sama daripada semua orang.
“Saya gembira dengan cara kami memenangi perlawanan kerana kami tidak memandang rendah semua perkara. Saya merasakan para pemain bersedia sepenuhnya selepas apa yang berlaku sejak kebelakangan ini,” kata Tuchel.
Bagaimanapun, bekas pengendali Chelsea itu berharap anak-anak buahnya tidak mengambil masa lama untuk mendapatkan gol pertama dalam baki empat aksi selepas ini menentang Werder Bremen, Schalke, RB Leipzig dan Cologne.
“Kami mensia-siakan banyak peluang sebelum gol pertama. Situasi ini tidak boleh berlaku lagi jika kami mahu memenangi liga,” jelas Tuchel yang dilantik menggantikan tempat Julian Nagelsmann pada Mac lalu.
Sementara itu, Hertha yang masih gagal merekodkan kemenangan Bundesliga ke atas Bayern sejak musim 1977/1978, berkemungkinan besar tersingkir ke divisyen bawah apabila kekal di tangga tercorot dengan 22 mata. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... -takhta-bundesliga/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|