CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

Richarlison pakar kad kuning rai jaringan

[Copy link]
Post time 2-5-2023 01:29 PM | Show all posts |Read mode

Penyerang Tottenham Hotspur, Richarlison meraikan jaringan ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool di Anfield. - Foto AFP

LONDON: Richarlison menerima lebih banyak kad kuning kerana meraikan jaringan berbanding gol dijaringkan pemain Tottenham itu musim ini.

Pemain Brazil itu masuk sebagai pemain simpanan untuk menamatkan kemarau jaringannya di Liga Perdana Inggeris bersama Tottenham dengan menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Liverpool Ahad lalu.

Dia meraikannya dengan membuka baju dan menunjukkan isyarat diam kepada penyokong tuan rumah di Anfield.

Tindakannya itu berakhir dengan pengadil melayangkan kad kuning kepadanya.



Bagaimanapun kegembiraan Spurs hanya bertahan seketika apabila Liverpool kembali di depan selepas Diogo Jota memastikan kemenangan 4-3.

Ia bukan kali pertama musim ini Richarlison mencetus masalah buat dirinya selepas menjaringkan gol.

Pemain 25 tahun itu meraikan jaringan yang pada sangkaannya adalah gol sulungnya untuk Tottenham pada September, namun gol ke atas Fulham itu dibatalkan pengadil.

Dia meraikan jaringan dengan menendang bola ke arah penonton dan membuka baju, dan pada masa sama pengadil memeriksa gol berkenaan dengan bantuan VAR.

Gol dibatalkan selepas Ryan Sessegnon didapati berada dalam kedudukan ofsaid dan Richarlison pula dilayangkan kad kuning kerana membuka bajunya.

Kini Richarlison sudah mengumpul dua kad kuning kerana membuka baju ketika meraikan jaringan, namun hanya satu gol dicatat olehnya untuk Spurs. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... kuning-rai-jaringan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.197948 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list