CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 648|Reply: 5

Tangki Simpanan Air Semakin Kering

[Copy link]
Post time 1-5-2023 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Gua Musang: Terletak di sempadan Gua Musang dan Kuala Krai, perkampungan Orang Asli Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir turut terkesan dengan suhu tinggi yang melanda daerah Kuala Krai.


Difahamkan, tiada hujan di perkampungan itu sejak tiga minggu lalu dan semalam adalah kali pertama hujan dalam tempoh terbabit.


Penduduk, Maria Manggis, 63, berkata dia mengambil peluang menadah air hujan sebagai simpanan untuk memasak kerana cuaca panas sejak tiga minggu lalu hingga menyebabkan tangki simpanan air sudah kering.


Maria Manggis menadah air hujan untuk simpanan bagi kegunaan memasak kerana bekalan air semakin berkurang kerana cuaca panas.




"Keadaan cuaca yang panas dan kering menyebabkan tangki simpanan air semakin berkurangan. Jadi penduduk membuat persediaan dengan membeli air mineral di kedai untuk memasak dan minum.


"Kesan peningkatan suhu ini sangat terasa buat kami yang sepenuhnya menggunakan air tandak. Suhu pada tengah hari mencecah sehingga 34 darjah selsius, namun petang (semalam) hujan lebat," katanya.


Penduduk lain Hamzah Pucuk, 60, berkata cuaca panas menyebabkan penduduk terpaksa mengehadkan aktiviti mereka untuk ke kebun.


Katanya, setiap hari mereka hanya melakukan kerja sehingga 11 pagi sahaja kerana tidak mahu terdedah dengan cuaca panas.


"Cuaca ketika ini sudah tidak macam dulu. Air dalam bukit pun sudah jadi kering sehingga kita pun susah nak mandi.


"Kami berharap ada pihak sudi menyalurkan bantuan bekalan air bersih terutamanya untuk kami minum dan memasak," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2023 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Dah kena ada inisiatif utk rawat air laut macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 08:10 AM | Show all posts
sep kito mandi lanje
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sungai kelantan klo dirawat boleh jadi air bersih tak
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 10:57 AM | Show all posts
ko saje jer kan wartawan metro..time maria manggis possing cantik2 ko tak nak snap..time dia mencangkung tak ready jugak yg ko ambik.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 12:42 PM | Show all posts
motip kena posing mencangkung bagai?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.531757 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list