View: 130|Reply: 0
|
Tiada Aduan Harga Melampau Sempena Aidilfitri
[Copy link]
|
|
Putrajaya: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak menerima sebarang aduan dan rungutan pengguna berhubung isu kenaikan harga barang melampau sepanjang Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2023 dilaksanakan.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata hasil maklumat dan pemantauan pegawai penguat kuasa mendapati kebanyakan pengguna berpuas hati dengan skim harga terbabit.
"Hari ini tamat SHMMP 2023 dan setakat ini, saya dapat maklumat daripada pihak penguatkuasaan, tidak ada langsung aduan atau bantahan berkenaan kenaikan harga atau pelanggaran harga maksimum yang ditetapkan.
"Saya ucap terima kasih kepada peniaga yang mematuhi skim ini dan rata-raya saya dengar sendiri dan bukan cuba untuk 'syok' sendiri tapi diteliti dari segi maklumat pegawai yang tanpa cuti melakukan rondaan dan melihat sendiri harga barangan sepanjang musim perayaan ini
"Alhamdulillah.. kosong, tiada langsung aduan kenaikan harga atau peniaga sengaja ambil kesempatan kecuali satu tempat yang saya sendiri turun di Pasar Larkin, Johor Bahru," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi di Sri Satria di sini, hari ini.
Beliau berkata, kerjasama KPDN dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, media serta agensi berkaitan banyak membantu pihaknya dalam membuat pemantauan harga dengan lebih cekap,
"Contohnya beberapa hari sebelum Hari Raya ada pihak media mengingatkan mungkin berlaku kekurangan bekalan telur di Kelantan dan Terengganu, langsung pegawai saya turun padang untuk menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan, Alhamdulillah.. berlaku pula lambakan telur di dua negeri itu.
"Jadi tidak timbul langsung masalah semasa musim perayaan ini, namun kita tidak akan rasa selesa atau puas hati, kita akan bekerja lebih kuat untuk memastikan rantaian bekalan mencukupi," katanya.
Sebanyak 30 jenis barangan ditetapkan menerusi SHMMP Aidilfitri 2023 bermula 15 April dan berakhir hari ini.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
| |
|