CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 0

Cinta Tak Direstui, Pemuda Tembak Bekas Kekasih, Enggan Tengok Kahwin Lelaki Lain

[Copy link]
Post time 30-4-2023 01:10 PM | Show all posts |Read mode
Gara-gara hubungan cinta tidak direstui, seorang pemuda tergamak menembak mati bekas kekasihnya.


Ketika kejadian, mangsa berada di sawah padi di Desa Tanjuang, Nagari Aur Malintang, Kabupaten Padang Pariman, Sumatera Barat di Indonesia.


Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pariaman, AKP Muhamad Arvi berkata,insiden berlaku kira-kira pukul 1 tengah, Khamis.






"Mangsa berusia 20 tahun mati ditembak oleh bekas teman lelakinya sendiri berumur 27 tahun," katanya.


Ketika kejadian, mangsa yang bekerja di sawah sedang menuai padi.


Berdasarkan keterangan saksi, suspek merupakan bekas teman lelaki mangsa dan kedua-duanya menjalinkan hubungan selama lima tahun.


Bagaimanapun, hubungan mereka putus selepas tidak mendapat restu daripada ibu bapa mangsa.


Difahamkan, motif suspek melepaskan tembakan kerana mangsa akan bertunang dengan calon pilihan ibu bapanya.


Polis berjaya menahan suspek dan kes tersebut kini dalam siasatan.


Sebagai peringatan, perbuatan membunuh adalah salah dari segi undang-undang, maka semua pihak perlu menjauhinya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.069994 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list