CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 2

AS minta China hentikan tindakan provokatif

[Copy link]
Post time 30-4-2023 09:40 AM | Show all posts |Read mode
AS minta China hentikan tindakan provokatif


Gambar Sabtu lalu menunjukkan anggota keselamatan Filipina berkawal di pos dan dihampiri kapal Pengawal Pantai China di Kepulauan Spratly Islands. - Foto AFP


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) semalam menggesa China untuk menghentikan kelakuan provokatif dan tidak selamat di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian beberapa negara.

Tuntutan itu dibuat selepas sebuah kapal Pengawal Pantai China menyekat kapal peronda Filipina yang membawa wartawan di perairan itu, menyebabkan kedua-dua kapal hampir berlanggar.

Situasi itu sekali gus meningkatkan polemik menjelang lawatan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr ke Rumah Putih.

Jurucakap Jabatan Negara, Matthew Miller, dalam satu kenyataan dua hari sebelum Presiden AS, Joe Biden menjadi tuan rumah kepada rakan sejawatannya dari Filipina, berkata China melakukan gangguan dan ugutan terhadap kapal Filipina di perairan itu.

"Kami menyeru Beijing untuk menghentikan kelakuan provokatif dan tidak selamat," katanya sambil menambah sebarang serangan ke atas angkatan bersenjata Filipina bakal mencetuskan tindak balas AS.

Biden berusaha untuk memperkukuh hubungan dengan sekutu di Asia memandangkan hubungan AS-China kekal dingin dari segi sejarah dan kedudukan Filipina sebagai laluan laut utama.

Selain itu, Taiwan juga memberikan kepentingan strategik yang khusus kepada AS.

Beijing menuntut kedaulatan hampir keseluruhan Laut China Selatan, sekali gus mengabaikan keputusan antarabangsa yang tuntutan itu tidak mempunyai asas undang-undang.

Dalam kejadian kapal Pengawal Pantai China dan Filipina hampir berlanggar pada Ahad lalu, wartawan AFP seorang satu daripada beberapa petugas media yang menyaksikan kejadian itu.

Media menaiki dua bot Pengawal Pantai Filipina dalam rondaan selama enam hari di Laut China Selatan, sambil melawat puluhan pulau dan terumbu karang. - AFP


Petugas Pengawal Pantai Filipina di beting Second Thomas dekat Kepulauan Spratly. - Foto AFP

Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... tindakan-provokatif


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2023 11:13 AM | Show all posts

AS Minta China Hentikan Tindakan Provokatif

Washington: Amerika Syarikat (AS) semalam menggesa China untuk menghentikan kelakuan provokatif dan tidak selamat di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian beberapa negara.


Tuntutan itu dibuat selepas sebuah kapal Pengawal Pantai China menyekat kapal peronda Filipina yang membawa wartawan di perairan itu, menyebabkan kedua-dua kapal hampir berlanggar.






Situasi itu sekali gus meningkatkan polemik menjelang lawatan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr ke Rumah Putih.


Jurucakap Jabatan Negara, Matthew Miller, dalam satu kenyataan dua hari sebelum Presiden AS, Joe Biden menjadi tuan rumah kepada rakan sejawatannya dari Filipina, berkata China melakukan gangguan dan ugutan terhadap kapal Filipina di perairan itu.


"Kami menyeru Beijing untuk menghentikan kelakuan provokatif dan tidak selamat," katanya sambil menambah sebarang serangan ke atas angkatan bersenjata Filipina bakal mencetuskan tindak balas AS.


Biden berusaha untuk memperkukuh hubungan dengan sekutu di Asia memandangkan hubungan AS-China kekal dingin dari segi sejarah dan kedudukan Filipina sebagai laluan laut utama.






Selain itu, Taiwan juga memberikan kepentingan strategik yang khusus kepada AS.


Beijing menuntut kedaulatan hampir keseluruhan Laut China Selatan, sekali gus mengabaikan keputusan antarabangsa yang tuntutan itu tidak mempunyai asas undang-undang.


Dalam kejadian kapal Pengawal Pantai China dan Filipina hampir berlanggar pada Ahad lalu, wartawan AFP seorang satu daripada beberapa petugas media yang menyaksikan kejadian itu.


Media menaiki dua bot Pengawal Pantai Filipina dalam rondaan selama enam hari di Laut China Selatan, sambil melawat puluhan pulau dan terumbu karang.




Sumber: BH ONLINE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2023 06:43 PM | Show all posts
dah ada

[Dunia] AS minta China hentikan tindakan provokatif
https://bm.cari.com.my/forum.php ... =5168566&extra=
Post time 30-4-2023 09:40 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.062481 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list