CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

Kecewa Dengan Servis, Pelancong China Sengaja Bazirkan Elektrik Dan Air Dalam Homestay, Pemilik Kerugian RM10,000

[Copy link]
Post time 29-4-2023 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Gara-gara tempahan penginapan menerusi Airbnb tidak dibatalkan, suami isteri 'membalas dendam' untuk menyebabkan kerugian kepada pemilik rumah itu.


Pelancong dari China itu menempah untuk tinggal di sebuah rumah di Seoul selama 25 hari, namun empat hari sebelum tiba, mereka bertanya sama ada boleh membatalkan tempahan.


Pasangan itu membuat keputusan untuk membatalkan tempahan di saat akhir kerana didakwa menyedari vila itu tidak terletak di bandar, sebaliknya di pinggir bandar Seoul, Korea Selatan.






Pasangan itu kemudian mendakwa dijangkiti Covid-19 sebagai helah membatalkan tempahan mereka.


Pengendali Airbnb itu, seorang lelaki berusia 20 tahun, meminta bukti mereka dijangkiti Covid-19, namun pasangan itu gagal membuktikannya.


Malah, pemilik rumah itu memberitahu pasangan itu perlu mengemukakan notis pembatalan lebih awal.


Selain itu, individu berkenaan berkata, tempahan itu sudah dibayar sepenuhnya.


Pasangan itu kemudian dilaporkan bertanya sama ada hartanah itu mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).


Namun, apa yang tidak diketahui oleh pemilik rumah itu, suami isteri itu sebenarnya sudah merancang untuk 'membalas dendam' kerana tempahan itu tidak dibatalkan.


Pasangan itu membiarkan paip dibuka selama enam hari dan menyalakan lampu dan gas di kediaman berkenaan.


Ia menyebabkan pemilik rumah terpaksa membayar bil bernilai AS$1,570 (kira-kira RM6,900) serta perbelanjaan lain bernilai AS$728 (RM3,230).


Difahamkan, pasangan itu hanya akan pergi ke rumah untuk setiap kira-kira empat hari sekali dan hanya akan berada di situ untuk tempoh 15 minit.


Ibu Pejabat Kerja Air Seoul berkata, jumlah kerugian itu bersamaan penggunaan untuk utiliti bagi lapan orang dewasa selama dua bulan.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.046605 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list