View: 2688|Reply: 56
|
Suntikan ‘Ajaib’ Turunkan Berat Badan Lebih 15 Kilogram
[Copy link]
|
|
Washington – Sejenis suntikan yang mampu membantu orang ramai menurunkan berat akan ditawarkan di Britain dan Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita MailOnline semalam.
Menurut data percubaan klinikal, suntikan Tirzepatide mampu membantu orang ramai menurunkan purata berat badan sebanyak 15.6 kilogram.
Walaupun keputusan ujian sangat menjanjikan, pengawal selia masih perlu meluluskan suntikan yang perlu diambil sekali seminggu itu sebelum dilancarkan secara meluas.
Ketika ini, suntikan Tirzepatide hanya diluluskan untuk merawat diabetes tahap 2.
Bagaimanapun, sesetengah penduduk AS sudah menunjukkan perubahan selepas meminta doktor memberikan suntikan Tirzepatide yang belum diluluskan.
Seorang lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan mendakwa ubat yang dijenamakan semula sebagai Mounjuro itu membantunya menurunkan berat sehingga 45.4 kg.
Gambar sebelum dan selepas memaparkan transformasi luar biasa seorang eksekutif teknologi kesihatan, Matthew Barlow, 48, yang tinggal di California.
Dia mula menggunakan ubat itu pada November tahun lalu. Pada masa sama, dia juga mengubah diet dan gaya hidup seperti yang disyorkan oleh pakar.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Ye la tu. Hello buah pinggang. Sihat lagi ka lepas suntik2 tew. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak menghairankan bila ubat diabetes digunakan untuk turunkan berat badan orang yang bukan pesakit diabetes. Ini patent drug dan pharmaceutical company yang cipta drug ini, Eli Lilly, akan promote gila-gila kerana mereka boleh buat banyak duit sehingga patent expire. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm Tau2 je. target market dia mesti msia kan sbb sini bnyk sample blh dicuba utk tgk kesan jangka panjang. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 28-4-2023 04:20 PM
Common saja ubat di design/patent untuk kegunaan lain untuk rawat penyakit lain... Cuma ubat kurus badan ini akan force excess fats akan rosak kan kidney.luar capacity....
Yang pelik nya obat cacing grade and dose untuk binatang ada orang ambil.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedangkan org boleh terpengaruh guna ubat cacing untuk covid, apetah lagi ubat diabetes untuk kurus.
Datang je jual kat Msia. Dah ramai operate ni.
Deme x kisah kesan sampingan. Yang peting boleh kurus dan lakukan produk untuk jahanamkan buah pinggang orang lain.
Even buah pinggang sendiri jahanam pun, leh je mntk derma kat publik.
Pastu dah sembuh sikit2, leh lupekan semua yang membantu. Tak gitu? |
|
|
|
|
|
|
|
terus jadi helokk yachh pokcik dalam gambar tu lepas dah kurus |
|
|
|
|
|
|
|
Tp pakcik tu pun ada ubah diet dan gaya hidup
Jd sebenarnya tu laa bantu berat dia turun.
Sama mcm org claim mkn ubat kurus tp dlm masa sama dia sendiri ubah diet, mkn secara sihat dan aktif bersenam.
Hat betulnya ko turun berat sbb ubah diet je bkn sbb ubat kurus tu pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena check kesan sampingan setelah ambik suntikan ni.
Especially kat buah pinggang.
Ramai yg auntie kenali yg dpt sakit buah pinggang sbb pengambilan ubat akar2 kayu atau herba2.
Sesiapa yg nak ambik suntikan ni, sila tengok kesan sampingannya dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti bg jantung berdebar2 ni.....x elok utk org yg ada anxiety |
|
|
|
|
|
|
|
Ubat ni start femes since KimeK tu amik katanya
Pompuan muka kuda tu nk sarung dress marilyn monroe x muat tang pungkoq, pastu dia try hard kuruskan bdn dgn injection |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo nk kurus dan cucuk, HCG dan Saxenda berlambak2 kat msia ni.ada duit, bayar jah |
|
|
|
|
|
|
|
Buat badan jadi kurus, tapi muka jadi burukkah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai akan igt ubat kencing manis utk yg ada kencing manis sahaja. Tapi doktor akan syorkan ubat tu (off label), utk wanita2 yg berbasan besar (dah diet & exercise tapi berat lambat turun), untuk yg ada masalah period disebabkan hormon imbalance, utk yg ttc tapi ada pcos. Syaratnya tetaplah kena jaga pemakanan kalau consume ubat tu. Janji banyak minum air kosong.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 30-4-2023 02:11 PM
Founder produk timbang kati minom2 terosss kuruih tersengih kelat sambil mengetap bibir mendengar berita yinni ha gaytohhh  |
|
|
|
|
|
|
|
xtakut ke mkn ubat kuwus ni..i lg rela diet dr mkn ubt kuwus..tp masa remaja pnh jgk terjebak..beberapa jnis ubt kuwus jgk i try sbb masa i school dlu bambam jgk la
tp idok la mok mok mcm org skrg..mengah i tgk bdk bdk skrg..mkn apoo |
|
|
|
|
|
|
|
How much does tirzepatide cost monthly?
They estimated treatment-related costs from a US payer's perspective. The researchers reported one-month supply costs as $974 for tirzepatide vs $892 for semaglutide, based on wholesale acquisition costs as of the time of their analysis.12 Apr 2023
mahal jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
What is tirzepatide?
Tirzepatide (Mounjaro) is an FDA-approved weekly injection used for type 2 diabetes to lower blood sugar. Tirzepatide has also been shown in clinical trials to be useful for weight loss, although currently it is not an FDA-approved weight loss drug.
Tirzepatide works by activating the GIP and GLP-1 receptors.
6 Feb 2023 |
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 29-4-2023 12:18 AM
Common saja ubat di design/patent untuk kegunaan lain untuk rawat penyakit lain... Cuma ubat kurus b ...
Aiols hada spoke dengan doktor klinik private. Dia ngaku dah lama bagi ivermectin untuk treat masalah cacing ka apa ntah dia kata rituh, terutama untuk pekerja2 asing yang kerja di kebun sayur. Berkesan dia kata. |
|
|
|
|
|
|
| |
|