View: 805|Reply: 6
|
Orang Ramai Geli Tengok Lelaki Makan Daging Ayam Mentah Sambil Turun Eskalator Di Mall
[Copy link]
|
|
CANBERRA, Australia – Seorang lelaki dirakam makan potongan daging ayam mentah ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Australia.
Video mengenainya dimuat naik dalam akaun Instagram @sh*tadelaide. Ia dirakam ketika lelaki tersebut menggunakan tangga eskalator di pusat beli-belah Westfield Marion, bandar raya Adelaide.
Orang ramai meluahkan rasa bimbang mengenai kesihatan lelaki itu kerana daging ayam mentah boleh mengakibatkan keracunan makanan.
 Foto: IG
“Daging itik dan ayam mentah mengandungi bakteria berbahaya termasuk salmonella, listeria, campylobacter dan E. coli yang menjadi punca keracunan makanan,” demikian menurut amaran Pihak Berkuasa Makanan New South Wales.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Bolehkah seseorang periksa sama ada lelaki ini masih hidup?” komen seorang netizen.
“Ini adalah percubaan seseorang untuk mendapatkan cuti sakit selama beberapa hari,” komen netizen lain. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Hadap nak popular di medsos jadi makanlah ayam mentah di khalayak ramai supaya orang tahu.
kalau memang dia betul2 pemakan ayam mentah atau telan seekor ayam atau lembu kat rumah tak akan ada sesiapa pun yg kisah. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah nampak lelaki kulit hitam, kaki gym. sebab pakai singlet ja, tayang biceps, pastu minum air botol, shake-shake tu. protein mungkin
dia makan telur mentah, sekali dengan kulit 
tak tau la dia basuh dulu ke tak, telur-telur tu  |
|
|
|
|
|
|
|
content..
aku pernah lihat youtube yang dietnya cuma daging mentah.. dia makan daging mentah untuk rawat penyakit mulanya tetapi terus tak ubah dah diet tu... teorinya simple, daging mentah ada nutrien yang lebih berbanding yang dmasak..
satu yang aku perasan muka dia nampak lebih muda dan glowing... tak ada kedutan langsung dan kulit nampak cerah dan sihat.. |
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 27-4-2023 08:48 PM
pernah nampak lelaki kulit hitam, kaki gym. sebab pakai singlet ja, tayang biceps, pastu minum air b ...
Ecoli, salmonella menari2.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|