View: 576|Reply: 4
|
Pesakit Pukul, Cekik Doktor Sebab Beri Ubat Tak Berkesan
[Copy link]
|
|
Berang ubat yang diberikan tidak memberi sebarang kesan, doktor di sebuah pusat rawatan di Lampung Barat, Indonesia dipukul dua individu.
Difahamkan salah seorang suspek tersebut adalah pesakit yang dirawat mangsa.
Berdasarkan laporan medan.tribunenews.com, suspek pada awalnya hadir untuk mendapatkan rawatan kerana pedih ulu hati.
Dia kemudian diberikan ubat bersesuaian.
Pun begitu, selepas mengambil ubatan berkenaan, dia merasakan tiada perubahan berlaku.
Ekoran itu, suspek berasa tidak puas hati sehingga sanggup memukul dan mencekik doktor yang merawatnya sambil dibantu oleh ahli keluarganya.
Kejadian yang berlaku itu dirakam dan menjadi tular.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
take homoeopathy la...drugs ain't good |
|
|
|
|
|
|
|
limesherbet replied at 26-4-2023 09:38 PM
take homoeopathy la...drugs ain't good
Dkt malaysia ni je kot bgga sgt dgn doktor. Sedangkan dr2 especially malaysia ni kalau bkn surgeon mmg harapkan ubatan dan tknologi je nk treat the diasease and for diagnosis.
Doktor2 dkt malaysia pun kuat main naratif konon dorang je boleh selamatan org malaysia. Hjung2 duduk unit kualiti je |
|
|
|
|
|
|
|
diorang kat sana takde iklan gaviscon ke ape
kita dah berjaman tengok bomba main waterslide dalam perut

buh la minyak yuyi ka, minum air halia ka, minum air panas banyak2 ka
|
|
|
|
|
|
|
|
beberapa cara yang boleh membantu meredakan pedih hulu hati termasuklah:
Makanan: Elakkan makanan pedas, berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi. Makanan yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah baik untuk kesihatan.
Pengurangan Stres: Mencari kaedah untuk mengurangkan tekanan dan stres dalam hidup boleh membantu mengurangkan kesakitan dan pedih hulu hati.
Berhenti Merokok dan Mengambil Alkohol: Jika anda merokok atau mengambil alkohol, anda perlu berhenti. Dua bahan ini boleh memudaratkan kesihatan anda, termasuk memburukkan pedih hulu hati.
Pengurangan Berat Badan: Jika anda kelebihan berat badan, mengurangkan berat badan dapat membantu mengurangkan tekanan pada organ-organ dalaman anda dan membantu mengurangkan rasa pedih.
Rawatan Perubatan: Jika pedih hulu hati anda disebabkan oleh masalah perubatan seperti sakit gastrik atau penyakit lain, rawatan perubatan mungkin diperlukan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|