View: 2587|Reply: 11
|
"Saya Dan Scha Bukanlah Sentiasa 'Wangi'" - Awal Ashaari Pilih Keluar Rumah Bila Bergaduh
[Copy link]
|
|
Selalu dipuji sebagai pasangan contoh yang sentiasa dilihat romantik dan bahagia, Awal Ashaari bagaimanapun menjelaskan dia dan isteri, Scha Al Yahya tidak terlepas daripada cabaran rumah tangga.
Awal, 41, berkata, dia dan Scha bagaimanapun sentiasa mencari jalan untuk berkomunikasi sekiranya timbul sebarang masalah agar ia tidak berlarutan dan berbekas di hati masing-masing.
IG
"Setiap pasangan ada ujian masing-masing... macam saya dan Scha bukanlah sentiasa 'wangi' kami juga ada masalah dan aib sendiri.
"Saya selalu ingatkan Scha, walau apa pun terjadi, kami perlu kawal sesuatu masalah dengan baik agar ia tidak menjadi 'barah'.
"Siapa tak pernah bergaduh, saya dan Scha mempunyai karakter dan pemikiran yang berbeza. Bila timbul salah faham, komunikasi adalah kunci dalam menyelesaikan masalah," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Scha, 40, pula memberitahu sekiranya timbul masalah dia cuba mendapatkan nasihat daripada keluarga agar tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan.
Jelas Scha, berkongsi masalah dengan insan dipercayai sedikit sebanyak dapat memberi ketenangan kepada dirinya.
"Kalau boleh, cuba diam dulu, kadang-kadang saya minta pendapat keluarga juga. Ambil pandangan dan borak dengan orang yang betul-betul kita percaya.
"Ambil input mereka. Tidak banyak, sedikit pun kita dapat berkongsi dan luahkan masalah. Insya Allah keadaan diri akan bertambah baik," ujarnya.
Bagi Awal pula, dia biasanya memilih untuk keluar daripada rumah sekiranya mereka bertengkar bagi membolehkan dia menenangkan diri kerana bimbang sikap baran akan menguasai diri.
"Saya pula suka berdiam diri dulu untuk tenangkan keadaan dan berfikir. Saya akan keluar rumah seketika kemudian bila dah reda saya akan balik rumah.
"Sebab saya tahu, saya jenis yang panas baran, kalau perkara itu (pergaduhan) terjadi saya risau sikap panas baran saya akan memburukkan keadaan lagi," kongsinya.
Untuk rekod, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan pasangan ini memiliki dua cahaya mata iaitu Lara Alana, 8, serta Lila Amina 3 tahun.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga masjid yg dibina scha dan awal hingga ke syurga. semoga keluarga ini akan tenang2 aman2 ...
aaminn |
|
|
|
|
|
|
|
Ini baru betul.... bukan lari drp masalah carik skandal dan blok bini |
|
|
|
|
|
|
|
moga kekal sampai bila2 ..suka tengok family dorang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus couple ni mengaku..Humble..Mmg asam garam rumah tangga mcm tu
Ada couple tu tunjuk yg good2 aja...Acah2 terpaling bahagia |
|
|
|
|
|
|
|
betul la tu,, dalam rumahtangga ni mana je yg bahagia jea mst ada pasang surutnya..
cara kita hadap n selesaikan masalah tu yg jadi utama. semoga rumahtangga awal n scha bahagia hinga akhir hayatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Deme ni branded gilo rs tp xrs annoying mcm sskjp.. Semak dok posing menonggek minta perhatian |
|
|
|
|
|
|
|
samshik replied at 20-4-2023 04:32 PM
Deme ni branded gilo rs tp xrs annoying mcm sskjp.. Semak dok posing menonggek minta perhatian
Setuju. Nampak wangi sentiasa & ada class gitu. Sskjp nmpak mcm kejutan budayo |
|
|
|
|
|
|
|
Dah berapa tahun dok tunggu budeo scha dgn pengkid tak keluar2 pung |
|
|
|
|
|
|
|
Awalina jgn keluar rumah cari abg top kekar sudah. Dengar citer dulu2 umah lemari sheols. Entahler |
|
|
|
|
|
|
|
itulah... iols suka je kalau gaduh2 laki keluar rumah... nampak macam dia yang bersalah... ahahahaa dan kita je betul...
tapi untuk kes awalina ni iols takut heols yang keluar hujung2nya dok menonggeng kat belakang dengan jejan top...
si scha pulak yang menonggeng kehausan sampai ke subuh menanti di tusuk... hujung2 sampai lusa laki tak balik...
menonggeng je lah atas katil sorang2 macam si tanggang kena sumpah jadi batu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa keluar rumah ada hentak hentak kaki tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|