CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6668|Reply: 8

[Tempatan] Ketagih Hello Kitty, anak usia 6 tahun cuba bunuh bapa sebab tutup TV

[Copy link]
Post time 18-1-2025 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Melalui satu hantaran di media sosial, seorang remaja perempuan mengimbas sikapnya ketika berusia enam tahun.

Menurut remaja tersebut, kerana gagal mengawal kemarahan pada ketika itu, dia nyaris meletakkan nyawa bapanya dalam bahaya.

"Masa kejadian tu, aku tengah ralit tengok kartun Hello Kitty dekat televisyen. Tiba-tiba ayah datang tutup TV, dia tak bagi aku tengok kartun tu. Aku geram teramat sebab sedang syok ni.



"Jadi waktu ayah tidur, aku cuba bunuh dia. Aku ambil bantal dan tekup dekat muka abah, tapi tak lama pun, dalam empat saat je, lepas tu aku terus lari keluar bilik.

"Keesokan harinya, sebelum pergi rumah pengasuh, aku jujur dengan ayah tentang niat aku tekup bantal tu, aku minta maaf. Nasib baik ayah maafkan," kata remaja itu yang terkesan dengan kisah silamnya.

Lebih menimbulkan rasa ralat apabila bapa kepada remaja itu dijemput Ilahi tidak lama selepas kejadian berkenaan.

"Pada suatu hari, abang datang jemput aku daripada pengasuh, dia beritahu ayah dah meninggal dunia. Apabila sampai rumah, aku nampak jenazah ayah terbujur.

"Aku terus pergi dekat jenazah ayah, aku jerit tepi telinga dia, aku ingat dia pura-pura mati, tapi kali ni dia betul-betul tiada. Ayah meninggal kerana sakit jantung dan kencing manis.

"Walaupun ada timbul rasa penyesalan, kena ingat juga, aku ketika itu hanya kanak-kanak umur enam tahun," ujarnya mengakhiri perkongsian.

Melewati ke ruangan komen, warga maya terkejut dengan tindakan remaja itu ketika zaman kanak-kanaknya.

"Semoga awak terus kuat untuk meneruskan kehidupan, kalau saya memang trauma habis, sampai ke hari ini akan rasa bersalah.

"Cerita Hello Kitty tu bawa bala betul, awak masih boleh tengok ke? Kalau saya di tempat awak, pandang kartun tu pun akan menggigil badan ni.

"Jangan salahkan diri awak tau, anggap ini sebahagian daripada takdir tuhan. Ajal tak akan pernah cepat atau lambat walau sesaat," kata beberapa warga maya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2025 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Hello kitty ni cute.aku yg dah kertu ni pun kalo nampak tote bag ke t-shirt ke gatai je rasa nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Why ah, kenapa some kids are born with the tendency to...Kill?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 02:55 PM | Show all posts
cerita di bikin oleh chatgpt ker ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahasa spt org dewasa tolong cakapkan bagi pihak kanak2
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 03:24 PM | Show all posts
kalau nak bunuh orang pon, bangkem akan capai pisau ataupon senjata merbahaya yang lain

tak pernah terlintas di hati bangkem nak gunakan bantal untuk bunuh orang, walaupon bangkem baru berusia 6 tahun

hassanah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2025 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
ganasnya kecik2 pun ada rasa gitu. normalkah??

anak iols 6yrs pun giler hello kitty, segala benda sampaikan kaftan pun helo kiti. tumbler, sticker, pencil case, backpack takyah ckp la dgn smiggle collab helo kiti lagi la tak keruan anak iols.
tatau plak ada cerita helo kiti.

pernah terbaca sejarah helo kiti ni ala2 seram gitu nape tak bermulut tatau la ye ke tidak
lupa bc kat majalah mana.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sib baek bukan kitty catz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2025 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak tu ok ke dak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.058694 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list