View: 23281|Reply: 15
|
[Tempatan]
Betul ke yang mur mur itu palsu?
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 17-1-2025 12:40 PM
Justeru katanya, pakej yang berharga di bawah RM6,000 dilihat agak mustahil, melainkan dalam keadaan tertentu seperti menggunakan penerbangan yang lebih murah dan penginapan agak jauh.
SHAH ALAM: Umat Islam di Malaysia yang ingin menunaikan umrah diingatkan agar lebih berwaspada dalam memilih pakej yang sesuai bagi mengelakkan ditipu dan risiko terkandas.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, berdasarkan situasi semasa dan musim, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 ke RM7,000 serta ia akan sedikit meningkat terutamanya pada musim cuti sekolah dan bulan Ramadan.
“Realitinya, pengendali umrah sentiasa berdepan dengan masalah luar jangka menyebabkan berlakunya situasi yang tidak diingini seperti ketiadaan bilik. Di Arab Saudi, bila kita tempah bilik sekalipun, mereka boleh ubah sesuka hati.
“Selain itu, kebiasaannya apabila bulan Rejab dan Syaaban, orang Arab mula ramai ke Makkah dan jumlahnya akan terus meningkat menjelang Ramadan. Bila berlakunya situasi sebegini, agak sukar untuk mendapatkan bilik dan jika ada pun ia lebih mahal.
“Bilik yang lebih murah ada tapi agak jauh. Situasi seperti ini yang sering berlaku menyebabkan ada ketikanya berlaku jemaah kita terkandas disebabkan ketiadaan bilik dan pengendali tidak mampu menampung kenaikan kos,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang cabaran dan kos pakej umrah, susulan sebuah syarikat pengendali umrah yang didakwa gagal menerbangkan lebih 300 jemaah ke Tanah Suci.
Susulan itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akhbar Khan memberitahu bahawa syarikat tersebut berdepan dengan tindakan penggantungan operasi selama tujuh hari, berkuat kuasa pada Rabu sekiranya gagal membuat pemulangan wang sehingga malam Selasa.
Tambah Razali, bagi mengelakkan risiko ditipu dan terkandas, umat Islam yang ingin menunaikan umrah perlu lebih teliti dan realistik dalam memilih pakej umrah yang bersesuaian.
Justeru, beliau menasihatkan umat Islam yang ingin menunaikan umrah agar meneliti sama ada syarikat pengendali itu berdaftar atau sebaliknya dan mempunyai lesen pelancongan serta lesen mengendali umrah dan haji. - Sinar Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
7 x RM800 = RM5,600 all in? Mana nak dapat.
Kalau London aku percaya possible, fly through gulf or Istanbul.
|
|
|
|
|
|
|
|
kos utk 6-7 hari. everage rm800/hari. all in. mahal ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Btw jika aqiqah buat di mekah tu betulkah? |
|
|
|
|
|
|
|
Ipar aku buat umrah rm30k untuk 2org |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa lah kos pergi mekah ni mahal mengalahkan pergi Europe?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena hati-hati dan buat kaji selidik sebelum bayar. |
|
|
|
|
|
|
|
Stakat ni aku percayakan andalusia n rayhar je. Yg lain ni kureng sket. Se lg upah haji. Kena cari yg btul² ok..byk scammer skang |
|
|
|
|
|
|
|
kisah makcik kat atas tu sangat meruntun hati .. ada anak oku pulak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
andalusia. pakej jarak dekat $10ribu.
mmg dekat lah duduk berempat |
|
|
|
|
|
|
|
Acik yg kt atas tu makan lauk Bawang aku percaya. Menyimpan sampai 15 tahun aku tidak percaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Leonclay at 17-1-2025 12:27 AM
Mak aku g dgn in saff travel last yr waktu ramadhan..mula2 risau jugak takut kena tipu sbb x biasa dgn TA ni.. alhamdulillah ok.. pakej mmg murah tp byk gak kena add on lps tu.. TA ni pun dah dpt permit utk haji thn ni.. tu pun blh jd benchmarking kot servis mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Study la dulu market price average berapa..melainkan kalau buat diy .tu pun yg diy biasanya dh pernah pergi sekali dgn TA |
|
|
|
|
|
|
| |
|