CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1046|Reply: 11

Tradisi Tahunan Pengemis Bermusim: Dulu Dibawa Ibu, Kini Giliran Saya Bawa Anak Mengemis

[Copy link]
Post time 18-4-2023 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Pengemis bermusim mengambil peluang kehadiran bulan Ramadan untuk menagih bantuan hasil simpati orang ramai.


Mmuncul pada waktu-waktu tertentu, modus operandi mereka adalah ‘berkampung’ di kaki-kaki lima kedai ataupun di lokasi tumpuan termasuk kawasan bazar.


Malah, ada yang sanggup meninggalkan kediaman masing-masing dan menginap di hotel bajet selain berulang-alik menunggang motosikal sejauh lebih 100 kilometer setiap hari.










Tinjauan dilakukan Kosmo! di sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling mendapati, lebih 50 pengemis terdiri daripada warga emas dan kanak-kanak memenuhi bahu jalan berkenaan bermula pukul 6 petang sehingga 3 pagi.


Tradisi tahunan itu dilakukan pada hujung minggu dan akan berlarutan setiap hari sehingga malam terakhir Ramadan.


Ibu kepada seorang cahaya mata yang mahu dikenali sebagai Sha, 25, berkata, dia sanggup berulang-alik dengan menunggang motosikal sejauh 100 kilometer dari rumahnya di Seberang Perai ke Jalan Kapitan sepanjang Ramadan.


Malah, ia menjadi amalan ‘wajib’ buat keluarganya duduk di kaki lima untuk menunggu bantuan Ramadan dan Aidilfitri setiap tahun.


“Dari zaman kanak-kanak lagi saya dibawa ibu ke sini setiap kali bulan Ramadan dan perkara itu kekal sehingga saya berumah tangga. Kini, giliran saya pula membawa anak untuk mengemis.


“Kami akan duduk dari pukul 6 petang sehingga 3 pagi dan lokasi ini (Jalan Masjid Kapitan Keling) memang menjadi pilihan pengemis di bulan Ramadan untuk meminta duit, makanan mahupun baju raya.


“Biasanya, setiap pegemis akan menerima lebih 30 bungkus makanan hanya dalam tempoh enam jam,” katanya kepada Kos­mo! di sini baru-baru ini.




PENGEMIS biasanya membawa ahli keluarga termasuk anak-anak untuk mengemis di jalanan.




Menurut Sha lagi, dia langsung tidak menyimpan perasaan malu untuk mengemis dan menganggap tindakan itu sebagai satu keperluan buat keluarganya setiap tahun.


“Dua minggu terakhir Ramadan memang meriah, memang tak menang tangan terima bantuan makanan dan lain-lain. Ini belum lagi masuk minggu akhir sebelum Hari Raya.


“Orang sekarang memang tak kedekut duit walaupun jumlahnya kurang daripada tahun-tahun lalu. Kali ini, kami mampu dapat lebih RM50 semalam berbanding lebih RM100 empat tahun lalu. Cukuplah buat beli baju raya,” jelasnya.


Sementara itu, seorang lagi pengemis bermusim dikenali sebagai Aishah, 60, mendakwa, dia terpaksa menyewa hotel bajet dengan bayaran RM38 semalam sepanjang bulan Ramadan ini bersama anaknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).


“Saya tiada rumah di sini dan terpaksa sewa hotel murah. Berbanding rakan-rakan lain (pengemis), boleh dikatakan semuanya sudah ada rumah.


“Kami tidak kisah apa bantuan yang diberi. Baju terpakai pun kami ambil. Tetapi kena tengoklah dulu, sesuai atau tidak.


“Kadang-kadang, kami beli semula bantuan barangan dapur daripada kawan-kawan lelaki di sini pada harga kira-kira RM50.


“Setiap malam, hampir beratus-ratus orang datang, ada yang tunggang motor dan kereta besar,” jelasnya yang menganggap rakan pengemis Jalan Masjid Kapi­tan Keling sebagai satu keluarga.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2023 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Keji betul perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhh memang keturunan pengemis
sampai kesudah takkan dapat break generational curse kalau ada yang tak malu meminta
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Smlm tgk 999
Diorg join dbkl + polis buat operasi kt jalan TAR, cekup pengutip derma ni
Bleh lak ada satu myanmar kene cekup ni budak lagi..meraung2 bila kene angkut pi balai.
Pastu ada lak satu budak ni baru 9thn...gi mengemis...bapak duk umah sbb suruh anak keluar mengemis..pastu polis dtg rumah and cekup skali bapak dia
And ada satu minachi ni, pakai je tudung, ngaku muslim n kene buang family lps convert..bila suruh mengucap, tak reti lak..sume ni wayang je nk dpt simpati ummah bani melayu yg mmg mudah simpati dgn org seagama
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 07:13 AM | Show all posts
i kenot brain...memalukan agama!
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 10:22 AM | Show all posts
org yg suka meminta minta ini kadang kadang keturunan...ya saya nampak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2023 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sha tu, lakinya membewak ke sampai biar je anak bini mengemis.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
nakkomenjugak replied at 19-4-2023 05:57 AM
Wahhhh memang keturunan pengemis
sampai kesudah takkan dapat break generational curse kalau ada yan ...

vicious cycle
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
senangnya hidup..jadi kerja turun temurun
tapi padan la malaysia ni especially melayu memang enabler pada pengemis macam ni
bagi sedekah duk rasa pemurah sgt, bila kita tegur dia kata dosa pahala Allah yg tentukan, kita buat bahagian kita je

tapi sorry la, iols taknak jadi bodoh bela org2 macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 19-4-2023 09:33 AM
senangnya hidup..jadi kerja turun temurun
tapi padan la malaysia ni especially melayu memang enabler ...

Semalam dalam hujan dekat parking tesco & kat traffic light ketuk2 cermin kereta .. terpaksa keraskan hati x pandang sebab xnak jadi enabler.. tp perasaan tu mmg sedih rasa mcm selfish sgt.. tp tu lah.. bila memasing bagi, mmg x kan berhenti la sebab dia tau at least sorang dua mng tetap akan hulur.. serupa juga yg jual jeruk kat traffic light.. kalau kat mc d drive thru tu lagi la berbelah bagi.. pandai main psikologi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
sweetpea911 replied at 19-4-2023 11:11 AM
Semalam dalam hujan dekat parking tesco & kat traffic light ketuk2 cermin kereta .. terpaksa keras ...

memang kena keras hati..kita buat untuk break the cycle..kalau kita bagi, org lain ikut bagi lama2 beranak pinak macam ni la

dulu kat traffic light besar shah alam..satu family anak beranak duk pegang tin milo ketuk cermin kereta satu2..padahal bukan org kita pon, bangla rohingya semua
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 11:20 AM | Show all posts
td thread psl isu yg sama kt area masjid kapitan keling
rupanya kt luar2 area jln tu mmg bersepah ye

die yg jd turun temurun sbb ade yg beri

klu xde, xdenya nk mengemis mcm ni
yg bestnya dia sedar perbuatan tu mengemis

adoi la bangsaku....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.107362 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list