CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

[Sarawak] JPJ periksa bas ekspres menjelang Ops Hari Raya Aidilfitri 2023

[Copy link]
Post time 17-4-2023 11:43 PM | Show all posts |Read mode
SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sibu telah menjalankan pemeriksaan ke atas bas-bas ekspres yang akan beroperasi sepanjang tempoh sebelum dan selepas cuti umum perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut kenyataan medianya, pemeriksaan ini dilakukan bagi memastikan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres balik kampung sampai ke destinasi dengan selamat.

Pasukan Unit Kejuruteraan Automotif JPJ Sibu diketuai Ketua Cawangan JPJ Sibu Mohamad Faizal David Jemat memulakan kerja-kerja pemeriksaan bas ekspres di depoh-depoh syarikat bas yang terdapat di bandar Sibu.

Pemeriksaan dan pemantauan selama empat hari sejak Jumaat dan berakhir semalam adalah menjelang Ops Hari Raya Aidilfitri 2023 (Ops HRA 2023) yang dilancarkan serentak di seluruh negara.

Ops HRA 2023 akan bermula esok hingga 27 April kelak.

Antara tumpuan pemeriksaan ialah teknikal bas ekspres merangkumi tayar, sistem brek, lampu, cermin, pembalik cahaya dan sistem GPS.

Setiap aspek teknikal dan fizikal bas sama ada luaran mahupun dalaman akan diperiksa secara teliti bagi memastikan setiap aspek berkenaan mematuhi piawaian ditetapkan serta selamat dan selesa digunakan di atas jalan raya.

Bas-bas ekspres yang telah lulus pemeriksaan akan dikeluarkan satu notis pengesahan pemeriksaan yang berkuat kuasa selama tempoh 14 hari dan ditampal di hadapan cermin hadapan untuk rujukan pasukan penguat kuasa JPJ semasa operasi dijalankan.

Namun bas ekspres yang gagal tidak dibenarkan beroperasi sehingga aspek teknikal dan fizikal diperbaiki serta ditambah baik sepenuhnya.

JPJ tidak akan berkompromi dengan aspek keselamatan dan keselesaan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain.

Selain itu, JPJ akan menyemak rekod-rekod saman tertunggak bas ekspres serta pemandu di mana semua rekod tersebut perlu diselesaikan dengan kadar segera.

Sementara itu para penumpang dan orang ramai yang mempunyai butiran serta maklumat berhubung kelakuan pemandu dan keadaan bas tidak memuaskan boleh menyalurkannya ke saluran-saluran aduan rasmi di aduantrafik@jpj.gov.my atau di Facebook JPJ Negeri Sarawak untuk tindakan lanjut.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.052249 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list