CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 1

Warga Indonesia Antara 9 Ditahan Jual Mercun Tanpa Permit

[Copy link]
Post time 15-4-2023 11:00 PM | Show all posts |Read mode
Seramai sembilan individu ditahan termasuk dua warganegara Indinesia kerana menjual mercun tanpa permit, dalam sembilan serbuan berasingan di sekitar daerah Kota Tinggi, semalam.


Ketua Polis daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata dalam serbuan yang dilakukan jam 8.30 malam hingga 11.30 malam itu, mereka merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM30,000.


Katanya kesemua yang ditahan termasuk seorang wanita berumur 22 hingga 50 tahun.






"Sebanyak 16 kotak dan empat plastik yang mengandungi pelbagai jenis mercun dirampas, dipercayai dijual tanpa permit.


"Hasil siasatan pihak polis turut mendapati kesemua premis yang diserbu itu tidak memiliki permit menjual mercun dan bunga api dari pihak berkuasa.


"Semakan rekod jenayah lampau juga mendapati dua individu mempunyai rekod lampau kes jenayah dan seorang daripada merek berstatus orang dikehendaki bersabit dengan kes jenayah komersil," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun atau bunga api, selain daripada yang dibenarkan.


Manakala dua lelaki warganegara Indonesia turut disiasat di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah untuk berada di Malaysia.




Sumber: HARIAN METRO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2023 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
ya ampun, waduh, waduh, waduh, pokoknya butuh gampang gimana kayaknya gini membundel kabupaten kedubes muntaber kapan nyemprot memuncratkan ngabuburit pesantren ketabrak, pokoknya jangan dibakar, asap di indon, jerebu di Malaysia ...mbak... kalau nggak bisa, kita ambil ular bisakan dia, pantek goblok lonte Friska madu jusa c minus tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.047579 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list