View: 36859|Reply: 12
|
Minta izin dulu sebelum sentuh... Puteri Aishah trauma anak sakit selepas dicium orang luar
[Copy link]
|
|
SERIK berdepan pengalaman anak sakit, pelakon Puteri Aishah berkata dia kini lebih berwaspada sebelum membenarkan mana-mana individu menyentuh bayinya itu.
Kata Puteri Aishah, 31, dia memandang serius perkara ini kerana mahu memastikan kesihatan anaknya terpelihara, lebih-lebih lagi kondisi bayi yang mudah terkena jangkitan.
"Tolonglah faham. Saya bukannya tidak izinkan kawan-kawan atau ahli keluarga pegang anak saya, tetapi tolong pastikan awak semua tidak merokok dan tangan dalam keadaan bersih.
"Anak saya pernah masuk NICU (Unit Rawatan Rapi Neonatal) disebabkan orang luar menciumnya berulang kali," katanya menerusi satu hantaran di InstaStory pada Selasa.
Dalam pada itu, Aishah meminta orang ramai lebih peka mengenai soal kesihatan bayi dan meminta izin terlebih dahulu sebelum menyentuh mereka.
"Tolong faham perkara ini dan minta izin terlebih dahulu sebelum nak dukung anak saya. Kalau saya tidak izinkan, tolong jangan terasa.
"Kadang-kadang mood dia (anak) pun tidak menentu. Kalau dia menangis, bukannya awak yang pujuk. Saya juga yang perlu pujuk dia," ujarnya.
Untuk rekod, Aishah dan suaminya iaitu Muhammad Firdaus mendirikan rumah tangga pada November 2021.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Faliq yang kini berusia setahun.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kaki bj jangan suka suki peluk cium baby. Tak pasal2 berjangkit kurap herpes etc.
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak ecah ni comel sgt2
Mak pun lawaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Kdg2 tgk insta ecah sbb nk tgk anak dia je x pedulik pun dgn ecah |
|
|
|
|
|
|
|
ecah ni comel betul bila senyum |
|
|
|
|
|
|
|
muka square dia tetap lawa
maintain lh jawline tu
jgn main main nak pegang pegang anak org nak cium bagai…bila sakit emak dia juga bersekang
mata jaga anak….. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah anak jenis tak tahan lasak kot. Anak sepupu aku comel ngalahkan baby Russia. Pantang bawak pegi mana2 mesti kena gomol, cium. Elok je kejadiannya. Sihat walafiat. Alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
Lakinya lepas kahwin tak segak mcm gambar2 kahwin. Kerja apa lakinya itu?
Laki Ain Edruce yg big boss company besar. |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 19-2-2025 08:59 PM
Lakinya lepas kahwin tak segak mcm gambar2 kahwin. Kerja apa lakinya itu?
Laki Ain Edruce yg big bo ...
Big boss company ape |
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 19-2-2025 07:36 PM
Dah anak jenis tak tahan lasak kot. Anak sepupu aku comel ngalahkan baby Russia. Pantang bawak pegi ...
Mcm anak sulung iolss kot...anak sulung iolss dl di gomol2.. sana sini dukung,cium sbb pipi mcm epal sebijik kat kanan,sebijik kat Kiri..elok je x sakit..so adik,x kene gomol pun setiap bulan check in wad..demam la,banyak kahak la |
|
|
|
|
|
|
|
aina_shaira replied at 19-2-2025 09:03 PM
Big boss company ape
Logistics. Dia Managing Director. |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 20-2-2025 02:01 PM
Logistics. Dia Managing Director.
Company kepunyaan sendiri ke
Hebat nyer padahal rasa ya latar belakang pendidikan so so je |
|
|
|
|
|
|
|
aina_shaira replied at 20-2-2025 02:39 PM
Company kepunyaan sendiri ke
Hebat nyer padahal rasa ya latar belakang pendidikan so so je
International name. Kalau ada degree dan kerja bagus. why not? Amirul tu anak Dato. Bukan calang2 juga pekerjaannya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|