PUTRAJAYA: Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI) mengadakan perbincangan hari ini, mengenai isu keputusan Jemaah Menteri berhubung garis panduan kunjungan penganut agama Islam ke rumah ibadat selain Islam, dengan mendengar pandangan semua wakil agama.
JK HARMONI dalam kenyataannya, berkata pada mesyuarat itu Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, menekankan bahawa pihaknya akan terus melaksanakan program-program berbentuk dialog di antara agama dan pendidikan, mengenai pentingnya menghormati kepercayaan orang lain, dan menggalakkan aktiviti sosial yang membabitkan pelbagai komuniti agama.
"Ini bertujuan memupuk rasa saling memahami dan menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia. Aaron berharap agar program Jejak Harmoni dapat dilaksanakan di semua negeri sebagai usaha meningkatkan keharmonian dalam kalangan penganut agama di Malaysia," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, menzahirkan keyakinan jawatankuasa itu akan dapat merumuskan resolusi yang memberi impak signifikan kepada keharmonian negara, berlandaskan prinsip keadilan, toleransi, dan saling memahami.
JK HARMONI berkata, Mohd Na'im turut memberi jaminan pihaknya menerusi Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) akan terus memberi sokongan kepada usaha memastikan hubungan dan kerjasama antara agama di negara terus kukuh.
"Beliau percaya hasil daripada mesyuarat ini dapat menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan perpaduan nasional demi memastikan masa depan negara yang harmoni dan inklusif untuk generasi akan datang," menurut kenyataan itu.
Sementara itu JK HARMONI berkata, mesyuarat hari ini turut dimaklumkan 215 kes mediasi selesai dilaksanakan tahun lepas di lapan Pusat Mediasi Komnuniti di seluruh negara.
Sumber – Harian Metro
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
zaman belajar kat india dulu
aku pergi je jejak kuil2
patung budha kat thailand, kelantan semua jejak
temple dekat korea, masuk je teman kawan dok buat 108 bow tu
tak ada plak kena halau
church ke hapa jejak aje lah
sekadat amazed tgk sebinina
sekadar nak tgk tempah 'suci' agama lain
bukan nak g sembah ke apa
kenapa ya susahkan benda simple org mengaku islam ni?
Post time 19-2-2025 07:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
garis panduan untuk umat islam oleh jakim ✖️
garis panduan semua agama utk umat islam ✔️
bak kata omputih, sop is for the weak. untuk yg bijak pandai tu, pandai la dia bawak diri. untuk yg lembam tu biar le dia baca garis panduan. anyway hal ehwal agama islam, boleh tak alkafirun tayah menyemak
Whatever. Ni bukan thread pertama psl ni lah aku malas nak repeat. Berani lalat? lol rasanya aku lah salah sorg yg drpd kalangan yg paling takde insurance kat CI ni.
Post time 19-2-2025 09:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols tgk c naim mokhtar tu mcm nak sekeh2 je kepale cine2, nmpk mcm dendam kesumat sgt, asyik kalah je dgn DAP dr isu sijil halal jakim utk semue restoren, isu hotdog ,ham, hinggakan isu sop melawat cina mati ni. Anwar buat main je dgn dia ni, usul2 dia da bentang pastu reject, sultan2 pun xsokong jakim ni
Simple logic says, ko pergi tempat orang, tempat tu lah yang tetapkan garis panduan untuk dipatuhi pengunjung bukan? Kalau tak boleh comply, tak payah pergi. Once that is clearly understood, all of these are actually unnecessary.