CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 1

[Pulau Pinang] Jenazah Koperal Mohammad Nasri dikebumikan mengikut istiadat ATM

[Copy link]
Post time 13-4-2023 11:24 PM | Show all posts |Read mode
Jenazah Koperal Mohammad Nasri dikebumikan mengikut istiadat ATM


BERNAMA



ANGGOTA ATM melakukan proses pengebumian Koperal Mohammad Nasri di tanah perkuburan Islam Masjid Pulau Mertajam Penaga. FOTO Bernama



Kepala Batas: Jenazah anggota tentera Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib yang dilaporkan hilang sebelum ditemukan meninggal dunia di Hutan Simpan Royal Belum, Perak selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Pulau Mertajam, Penaga di sini.

Jenazah Mohamad Nasri, 33, tiba di Masjid Pulau Mertajam kira-kira 5.30 petang diiringi ibunya Fadzilah Abu Bakar, 55, dari Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.

Proses bedah siasat dijalankan di hospital itu sebelum jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kampung halamannya dan lebih 300 orang termasuk pegawai dan anggota pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut berada di masjid bagi bersama-sama menunaikan solat jenazah.

Suasana hiba menyelubungi proses pengebumian jenazah Koperal Mohamad Nasri yang dikebumikan mengikut istiadat pengebumian ATM. Panglima Divisyen Ke Empat Infantri Malaysia Mej Jen Anuar Abdul Wahab menyampaikan Jalur Gemilang kepada isteri Allahyarham, Nurhayatul Husna Abdul Muttalib pada penghujung istiadat pengebumian itu.

Allahyarham meninggalkan isterinya Nurhayatul Husna, 30, serta sepasang anak Muhammad Aakif Rizqi, 4, dan Nur Afifah Raisha, 2.

Sementara itu, Fadzilah berkata, mereka sekeluarga reda dengan kejadian menimpa anak tunggalnya itu dan berharap siasatan dijalankan secara terperinci serta telus.

"Saya reda ... dan serahkan kepada Allah kerana kalau saya tidak reda dengan pemergian arwah, saya mungkin tidak boleh teruskan kehidupan ini … jadi saya percaya ini ialah ujian Allah kepada saya dan isterinya," katanya yang beberapa kali menahan sebak.

Fadzilah berkata, kali terakhir Muhamad Nasri menghubunginya ialah beberapa jam sebelum dilaporkan hilang pada Jumaat lepas dan ketika itu Allahyarham berbual dengannya seperti biasa.

"Mohammad Nasri bercakap seperti biasa masa itu sebelum esoknya kami dikejutkan dengan panggilan mengenai kehilangannya, kali terakhir kami berjumpa pada Disember tahun lepas kerana arwah biasa sertai operasi dan keluar masuk hutan," katanya.

Fadzillah berkata, anaknya itu berkhidmat dalam pasukan ATM sejak 12 tahun lepas dan memang berminat dalam pasukan tentera kerana mahu mengikut jejak langkah arwah ayahnya yang juga anggota tentera.

Nurhayatul Husna pula berkata, beliau tidak ke hospital untuk menunggu proses bedah siasat suaminya kerana keadaan anaknya yang masih kecil, namun beliau juga reda dan bersyukur kerana semua proses berjalan lancar.

"Saya kena kuat untuk anak-anak dan saya juga reda …. Kali terakhir saya bertemu arwah pada 2 Mac lepas ketika menghantarnya ke kem sebelum bertolak ke lokasi operasi, arwah memang kerap juga menjalankan operasi di dalam hutan.

"Saya minta izin suami untuk balik ke rumah ibu ayah di Sungai Petani, Kedah kerana arwah tidak dapat bercuti raya nanti," katanya yang berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mereka menguruskan perjalanan pengebumian jenazah suaminya.

Nurhayatul Husna berkata beliau, suami dan dua anak mereka tinggal di kuarters Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Seri Bentong sejak mendirikan rumah tangga lima tahun lepas.

Media sebelum ini melaporkan mangsa merupakan anggota daripada Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Seri Bentong, Pahang dilaporkan hilang ketika menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum pada Jumaat lepas.

Hasil bedah siasat mendapati kematian anggota tentera itu berpunca daripada kecederaan kepala dipercayai akibat terjatuh.



Disiarkan pada: April 13, 2023 @ 9:36pm












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2023 11:41 PM | Show all posts






Anggota ATM mengusung jenazah Koperal Mohammad Nasri yang dilaporkan hilang sebelum ditemukan meninggal dunia di Hutan Simpan Royal Belum sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Pulau Mertajam, Penaga. - Foto Bernama.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.058626 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list