CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

[Pulau Pinang] Imigresen keluarkan hampir tiga juta pasport

[Copy link]
Post time 8-4-2023 11:30 PM | Show all posts |Read mode
Imigresen keluarkan hampir tiga juta pasport


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - April 8, 2023 @ 10:24pm bhnews@bh.com.my




Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (dua dari kiri) menyampaikan sijil surat keputusan kewarganegaraan Malaysia pada Majlis Penerapan Nilai Murni dan Iftar KDN Madani di Dewan Banquet Sunshine, Bayan Baru di sini hari ini. . - NSTP/MIKAIL ONG




GEORGETOWN: Jabatan Imigresen mengeluarkan 2.8 juta pasport pasca-COVID-19, peningkatan empat kali ganda berbanding tempoh sebelum itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, daripada jumlah itu, 45 peratus memohon pasport secara dalam talian yang hanya mengambil masa tiga minit sebelum mengambil pasport antara dua hingga tiga hari.

"Saban hari, Imigresen berdepan dengan kehadiran orang ramai dan kesesakan, tapi bukanlah semua pejabatnya.

"Sejak tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sempadan dibuka, contoh macam di Perlis pihak imigresen mengeluarkan 20 hingga 30 pasport setiap hari.

"Bagaimanapun, di Damansara, Shah Alam dan Kelana Jaya, kita keluarkan (pasport) berlipat kali ganda, maka berlaku kesesakan di sana," katanya kepada pemberita di sini, malam ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) MADANI.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani; Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh; dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Saifuddin Nasution berkata, daripada 77 pejabat pengeluar pasport di seluruh negara, hanya 21 yang dikenal pasti mengalami kesesakan.

Sehubungan itu, katanya, KDN memperhalusi projek perintis untuk menjadikan permohonan pasport hanya dilakukan secara dalam talian di pejabat terpilih.

Katanya, urusan di pejabat terpilih akan menyaksikan permohonan diproses secara dalam talian di Lembah Klang kecuali bagi pemohon warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) serta kanak-kanak yang boleh mengemukakan permohonan secara datang sendiri.

Tanpa memberi kerangka masa pelaksanaan rancangan itu, beliau berkata, pejabat pengeluar pasport dipilih di sekitar Lembah Klang memandangkan capaian internetnya adalah 100 peratus.

"Ini kawasan seperti Shah Alam, Klang, Damansara yang mana capaian internet penuh.

"Ada permohonan secara dalam talian ditolak dengan kebanyakannya membabitkan kualiti gambar, maka orang awam kena biasakan memenuhi kualiti gambar seperti diminta kerana berdasarkan data, 45 peratus permohonan secara dalam talian berjaya," katanya.

Beliau berkata, KDN akan menggantikan mesin cetak sedia ada di pejabat pengeluar pasport dengan yang berkapasiti tinggi dan mampu mencetak 1,000 pasport sehari, berbanding 450 hingga 500 ketika ini.

"Kita dalam rancangan mendapatkan mesin cetak pasport berkeupayaan tinggi yang mana 120 buku pasport boleh dicetak dalam tempoh satu jam, sekali gus kita anggar 1,000 pasport dapat dicetak sehari.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 395,000 aduan di seluruh negara setiap bulan dan sedaya upaya menyelesaikannya.

"Dalam perbincangan dengan Ketua Polis Negara, saya selalu tekankan untuk mengambil tindakan segera aduan membabitkan isu keselamatan negara dan perkara yang mencabar atau menghina agama, kaum, negara dan institusi diraja.

"Kita juga tak lupa aduan biasa seperti jenayah atau jenayah indeks," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.333753 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list