CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 0

[Sarawak] Permudahkan prosedur masuk sekolah untuk pelajar tiada warganegara: Ling

[Copy link]
Post time 7-4-2023 03:47 PM | Show all posts |Read mode
MIRI: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta untuk mempermudahkan prosedur kemasukan sekolah bagi pelajar yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan.

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Alan Ling (gambar) berharap pihak berkuasa dapat mengurangkan kerenah birokrasi serta lebih efisien dalam mengendalikan isu berkenaan.

Beliau turut mencadangkan agar kuasa keputusan kelulusan kemasukan persekolahan untuk pelajar yang berdepan dilema itu diserahkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

"Selaras dengan saranan kerajaan negeri dan kerajaan pusat, aspek pendidikan sememangnya amat penting.

"Justeru pendidikan bagi murid yang tidak mempunyai kerakyatan juga seharusnya tidak diketepikan, walaupun permohonan kewarganegaraan mereka masih dalam proses di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Dalam Negeri," ujarnya.

Ling berkata, baru-baru ini beliau menemani seorang pelajar yang masih menunggu keputusan permohonan kewarganegaraan ke PPD Miri.

Menurutnya, lawatan untuk mendapat maklumat tentang surat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri bagi kemasukan pelajar itu ke tingkatan satu.

Beliau berharap agar pelajar yang tidak mempunyai kerakyatan itu diberikan peluang untuk bersama-sama memasuki sesi persekolahan secara automatik bersama-sama murid lain pada hari pertama sesi persekolahan dan bukannya dua minggu selepas sesi persekolahan bermula.

"Kelewatan memasuki persekolahan kemungkinan menimbulkan ketidakselarasan di mana ia menyebabkan murid tersebut ketinggalan sukatan pelajaran minggu lalu," katanya.

Ling turut menzahirkan rasa terima kasih kepada KPM kerana memberi peluang kepada murid yang tidak mempunyai kerakyatan untuk terus menikmati peluang pendidikan di negara ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.166472 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list