CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2241|Reply: 1

Hadiah Daripada Bekas Teman Lelaki Pengantin Bunuh Suami Dan Abang Ipar

[Copy link]
Post time 5-4-2023 01:48 PM | Show all posts |Read mode
Sistem teater rumah yang diterima sebagai hadiah perkahwinan meletup sebaik dipasang pada Isnin lalu, meragut nyawa lelaki yang baru berkahwin dan abangnya.


Dalam kejadian letupan di daerah Kabirdham di Chhattisgarh, tengah negeri India itu, empat lagi mangsa parah, lapor NDTV.


Kesan letupan itu turut menyebabkan dinding dan bumbung bilik runtuh.




Suspek




Siasatan polis mendapati hadiah itu daripada bekas teman lelaki pengantin perempuan dan ia sengaja diletakkan dengan bahan letupan.


Menurut polis, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Hemendra Merawi, 22, menghidupkan sistem teater rumah itu sebelum berlaku letupan besar yang membawa kepada kematiannya di tempat kejadian.


Abangnya, Rajkumar, 30, pula meninggal dunia semasa menerima rawatan.


Empat yang cedera termasuk seorang budak lelaki berusia setahun sedang menjalani rawatan di hospital daerah di Kawradha.


Berdasarkan siasatan polis, didapati letupan berlaku kerana seseorang meletakkan bahan letupan di dalam sistem teater rumah.


Polis mengenal pasti tertuduh sebagai Sarju dan berjaya menahannya.


Penguasa Tambahan Polis Kabirdham Manisha Thakur berkata, soal siasat suspek mengaku berang dengan bekas teman wanitanya kerana berkahwin lalu menghadiahkan sistem teater rumah dengan bahan letupan di dalamnya.


Menurut polis, pasangan terbabit berkahwin pada 1 April lalu.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2023 01:56 PM | Show all posts
Semoga si pelaku dapat dikenakan hukuman yang setimpal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.215825 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list