View: 4509|Reply: 8
|
RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 Lulus
[Copy link]
|
|
Dewan Rakyat, hari ini, meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh dan dibahas 10 Ahli Parlimen.
Ramkarpal, berkata, Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 adalah suatu akta "omnibus" kerana merangkumi pindaan kepada Kanun Keseksaan, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Kanun Tatacara Jenayah untuk memansuhkan hukuman mati mandatori, mengubah hukuman yang berhubungan dengan pemenjaraan sepanjang hayat dan sebatan dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengannya.
Katanya, hukuman mati mandatori adalah salah satu hukuman yang dianggap sebagai kaedah di mana keadilan dapat dicapai terutamanya apabila membabitkan kesalahan kejam.
"Namun tiada kajian lanjut yang dapat membuktikan bahawa hukuman mati adalah langkah pencegahan jenayah terbaik atau berkesan.
"Keberkesanan hukuman mati sebagai satu bentuk pencegahan tidak dapat dipastikan memandangkan terdapat banyak faktor yang mempengaruhi bilangan pendakwaan atau kadar jenayah," katanya ketika membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurutnya, pemansuhan hukuman mati mandatori bertujuan menghormati hak untuk hidup setiap individu di negara ini sambil memastikan keadilan bagi semua pihak.
"rinsip asas di sebalik setiap hukuman di negara ini adalah pemulihan supaya mereka dapat kembali ke masyarakat dan menjadi individu yang dapat berkhidmat kepada keluarga dan negara selepas selesai menjalani hukuman.
"Statistik Jabatan Penjara (JPM) 2019, menunjukkan tiada kadar residivisme bagi banduan hukuman mati yang diampun dan dibebaskan," katanya.
Gambar hiasan.
Ramkarpal, berkata perundangan sistem keadilan jenayah negara diwujudkan sejak sekian lama dan terdapat banyak peruntukan sedia ada yang dilihat tidak lagi relevan dengan perkembangan jenayah semasa.
Katanya, dalam hal ini keputusan kerajaan berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori dilihat sebagai langkah yang tepat dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan sistem perundangan yang dinamik, progresif dan relevan dengan keperluan semasa.
"Bagaimanapun, hukuman gantian kepada hukuman mati mandatori perlu setimpal dengan keseriusan jenayah yang telah dilakukan oleh pesalah dan tidak mengakibatkan ketidaksesuaian dengan hukuman lain yang kurang serius.
"Justeru, hukuman pemenjaraan bagi suatu tempoh berserta dengan sebatan dilihat sebagai hukuman gantian yang paling bersesuaian terhadap 11 kesalahan yang membawa kepada hukuman mati mandatori ini. Kombinasi hukuman pemenjaraan dan sebatan adalah wajar supaya dilihat sebagai hukuman yang lebih berat berbanding hukuman untuk jenayah lain," katanya.
Tambahnya, dalam memperkenalkan RUU berkenaan, kerajaan tidak hanya mengambil kira kepentingan satu pihak saja, malah, sudah berjumpa dengan wakil keluarga mangsa.
Katanya, keputusan itu juga turut mengambil kira beberapa perkara, antaranya perasaan keluarga mangsa, hak asasi seorang banduan dan prinsip kesamarataan.
"Kerajaan juga sedang mengkaji pelaksanaan diat termasuk implikasi perundangan dan kewangan kepada kerajaan, pada masa ini Kanun Acara Jenayah memperuntukkan pampasan melalui Seksyen 426.
"Oleh itu, peruntukkan boleh digunakan sehingga konsep diat dikaji dan diteliti oleh pihak kerajaan," katanya.
Sumber: HARIAN METRO |
|
|
|
|
|
|
|
adakah lepas ni ramai yang semakin berani edar dadah, bunuh orang sebab hukuman mati dah takde? |
|
|
|
|
|
|
|
Menurutnya, pemansuhan hukuman mati mandatori bertujuan menghormati hak untuk hidup setiap individu di negara ini sambil memastikan keadilan bagi semua pihak.
Hak mangsa untuk hidup bagaimana pula??
"Namun tiada kajian lanjut yang dapat membuktikan bahawa hukuman mati adalah langkah pencegahan jenayah terbaik atau berkesan.
Tetapi ia memberikan closure pada keluarga mangsa..the right to have peaceful nights and move on..dan the public ada hak utk hidup dgn rasa aman tanpa memikirkan mereka ni berkeliaran lepas keluar penjara
|
|
|
|
|
|
|
|
Sementaa itu:
Anak dirogol,mati dikelar: ibu mohon hukuman mati mandatori dikekalkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa 11 jenayah yg kena hukuman gantung mandatori?
Mandatori ni yg takleh rayu2 lagi dah kan? Kalau gantung sampai mati je kira masih ada peluang la tak kena gantung kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Dadah memang kena hukum mati sebab perosak institusi keluarga, negara, bangsa. Pernah dengo pasal Perang Candu? Tak belajor sejarah ke hapa politician ni!!! Ke ada saham yang menjual …???? |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh lepas ni...makin ramai la jadi pembunuh dan dibunuh....
jadi pengedar dadah......kes colik....jual beli senjata api.....
apa mau takut mmaaaaaa
bukan kena hukum mati punnnnn
|
|
|
|
|
|
|
|
PH terutama DAP dinaungi sindiket2 jenayah berat.... Maka tak hairanlah mereka sangat anti kepada hukuman mati. |
|
|
|
|
|
|
| |
|