CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15107|Reply: 0

Ketua Geng Sara Didakwa Atas 11 Pertuduhan

[Copy link]
Post time 2-4-2023 05:31 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki dipercayai ketua Geng Sara dihadapkan di mahkamah di sini, hari ini atas 11 pertuduhan termasuk rompakan berkumpulan, mencederakan orang dan memiliki senjata api tiruan, kereta curi dan dadah.


Tertuduh, A Saravanan, 39, dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini dan Mahkamah Majistret di sini bersama tiga lagi tertuduh yang juga rakannya.


Di hadapan Hakim Fatimah Zahari, Saravanan didakwa bersama S Vivekanandan, 36, atas dua pertuduhan iaitu melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata pisau.






Bagi dua pertuduhan itu, mereka mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu masing-masing ke atas harta satu beg silang yang mengandungi satu pasport Indonesia, sebentuk cincin emas dan wang tunai RM310 milik seorang wanita Indonesia dan satu peti besi mengndungi wang tunai RM4,589 milik sebuah kedai runcit serta empat telefon bimbit milik seorang wanita berusia 24 tahun.


Dua perbuatan itu didakwa dilakukan Saravanan dan Vivekanandan di sebuah kedai runcit dekat Jalan Perdagangan 3, Taman Universiti, Skudai di sini, pada jam 3 petang, 10 Mac lalu.


Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.



Di hadapan Hakim Ahmad Kamal Arifin Ismail pula, Saravanan, Vivekanandan didakwa bersama R Ganabathy, 37, melakukan rompakan berkumpulan terhadap harta milik seorang lelaki berusia 20 tahun iaitu satu kad ATM, permit kerja Singapura, satu kad pengenalan dan sebuah telefon bimbit.


Mereka tidak mengaku bersalah bagi perbuatan yang didakwa dilakukan di sebuah apartmen dekat Jalan Persiaran Senibong, Masai di sini, jam 2 pagi, 11 Mac lalu. Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.


Di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim, Saravanan turut membuat pengakuan tidak bersalah bagi lapan lagi pertuduhan.


Saravanan yang sebelum ini bekerja sebagai juruteknik mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 (memiliki pistol tiruan), Seksyen 411 Kanun Keseksaan (memiliki kereta curi), Peraturan 25(1) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (gagal kemukakan dokumen pengenalan diri) dan Seksyen 39(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (memiliki heroin).


Selain itu, tertuduh bersama Vivekanandan mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (melarikan diri daripada diperiksa pegawai polis) dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan (pecah masuk premis).


Beliau bersama Ganapathy juga mengaku tidak bersalah mendatangkan kecederaan seseorang menggunakan parang dan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Pada masa sama, Saravanan, Vivekanandan dan Ganapathy bersama seorang lagi tertuduh turut mengaku tidak bersalah memiliki 0.32 gram methamphetamine.


Semua perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Jalan Bukit Kempas 1/17, Taman Bukit Kempas, Kempas; stor syarikat kurier di Kawasan Perindustrian Maju Jaya, Kempas selain di Pangsapuri Lily Jasmin, Jalan Titiwangsa 14/2, Taman Tampoi Indah, Tampoi di sini, pada jam 5.20 pagi, 24 Februari; 8.20 malam, 25 Februari dan 2 pagi serta 2.30 petang, 11 Mac lalu.


Pendakwaan bagi semua kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya M Raveena, Noor Idayu Salim dan Muhammad Arif Marzuki.


Bagi semua kes itu, Saravanan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM49,000. Semua tertuduh tidak diwakili peguam dan semua kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi lantikan peguam pada 9 Mei ini.





Sumber: BH ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.032709 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list