CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6850|Reply: 36

Edisi ABPBH 36: Milik siapa trofi Bintang Paling Popular?

[Copy link]
Post time 11-10-2024 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sugarBunn at 11-10-2024 02:52 PM

Milik siapa trofi Bintang Paling Popular ABPBH 36?

Oleh Farihad Shalla Mahmud - Oktober 11, 2024 @ 11:00am

KUALA LUMPUR: Tahun lalu menyaksikan fenomena Barkoba menjadi gelombang besar, sekali gus mengangkat pelakon dan pelawak, Bell Ngasri sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-35, namun agak sukar membuat ramalan untuk edisi ke-36 ini.

Jika dinilai dari segi reaksi peminat ketika calon Top 20 ABPBH 36 diumumkan, ramai yang menjangkakan nama-nama seperti Aina Abdul, Siti Nordiana dan Khai Bahar mempunyai peluang cerah.

Turut disebut-sebut bakal menggenggam gelaran Bintang Paling Popular ABPBH 36 adalah penyampai radio Hot FM, Khairy Jamaluddin atau KJ dan kumpulan pelawak 'otai', Senario.

Tekaan itu nampaknya tidak meleset apabila nama sama berjaya membolosi senarai Top 10, dan seterusnya berada dalam kedudukan teguh bergelar finalis seperti yang diumumkan, kelmarin.

Jika dilihat dari segi kempen awal seperti kewujudan kata pagar #KJJadiDJ #MenangSelfieMenangUndi, ada kebarangkalian untuk KJ menang besar apabila ramai menyatakan sokongan mahu bekas Menteri Kesihatan itu menjulang trofi Bintang Paling Popular.

Bagaimanapun, usah disangkal peluang Aina untuk memenangi hadiah utama itu kerana kelab peminatnya, Ainations begitu bekerja keras bagi memastikan trofi Penyanyi Wanita Popular diinspirasikan CONBOO dan Bintang Paling Popular tidak jatuh ke tangan pihak lain.

Harus diingat, peminat Siti Nordiana juga tidak akan membiarkan penyanyi pujaan mereka berputih mata dan siapa tahu mungkin tuah menyebelahi Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana.

Kategori lain turut menjadi tumpuan adalah Penyampai Radio Popular dan ia bakal menyaksikan persaingan tiga penjuru membabitkan KJ, DJ Sonic yang tewas tahun lalu dan pemenang tahun lalu, Tyzo Xander.

Nama tiga calon ini dilihat menyerlah berdasarkan keaktifan berkempen dalam media sosial.

Bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular diinspirasikan CONBOO, pemenang terdahulu, Khai Bahar mungkin boleh mempertahankan trofi berdasarkan populariti yang masih belum surut, selain sokongan padu kelab peminat, Khai Bahar Empire.

Buktinya, Khai tetap tersenarai sebagai finalis dalam apa juga kategori yang dicalonkan dan ini dapat dilihat pada ABPBH 36 apabila berjaya menempah dua kedudukan dalam kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular bersama Adira Suhaimi dan Nabila Razali.

Turut menjadi perhatian pada edisi kali ini adalah siapakah yang bakal memenangi trofi Artis Komedi Popular. Adakah Bell Ngasri mampu pertahankan trofi tersebut ataupun terpaksa akur pada kehebatan pesaingnya.

Jika dilihat sambutan hangat diberikan kepada Senario ketika menghadiri siri jelajah ABPBH 36 di Pulau Pinang, ada kemungkinan untuk gelaran itu bakal berpindah milik.

Bagaimanapun, usah dinafikan aura dimiliki Joey Daud dan Sabri Yunus kerana mereka juga mempunyai pengikut tersendiri yang memungkinkan untuk memenangi kategori yang menjadi idaman ramai pelawak itu.

Sementara itu, untuk kategori Pengacara TV Popular, penyandang trofi tahun lalu, Elly Mazlein mungkin berdepan laluan mudah untuk mempertahankan anugerah itu.

Keletahnya yang berjaya mencuri perhatian ramai dan kemampuannya membuat sesebuah program TV mendapat rating tinggi menyumbang kepada mengapa peminat memilihnya sebagai pemenang kategori itu.

Apapun keputusan sudah pun berada di tangan penganjur dan hanya menunggu masa untuk diumumkan.

Bersedialah dengan sebarang kejutan kerana ia adalah lumrah untuk acara anugerah. Peminat sudah menyatakan pilihan mereka, jadi terimalah setiap keputusan dengan hati terbuka.

Menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67, ABPBH 36 mengangkat tema Teguh membawa mesej keutuhan, perpaduan dan solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia.

ABPBH 36 diinspirasikan CONBOO sebagai penaja utama.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku undi KJ. Menang ke tak lantak la.. Malas nak tengok. Saje tekan2 undi.

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
tahun ni bukan hype psl sheriff ke pebenda
entah2 abe capik blkg sikit atau pokcik zulripin menang besar..byk gak filem abe capik thn ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Single khai tiap tahun flop boleh menang popular.. amir lagi layak
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 03:52 PM | Show all posts
siapa yg tercalon...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 03:56 PM | Show all posts
Kategori filem tu kalau boleh biarlah yang ada filem box office yang menang ..
Mcm zaman AA, MK, SSam, LS semua tu menang undian popular sebab ada filem pecah panggung .. Masa FL & MR menang filem apa dorang berlakon pun ramai yg tak tahu

Aku setuju kalau SK yg menang kategori filem lelaki
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2024 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila ABPH ni? Laaamaa dah tak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Walafart
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols stop tengok cite ni bila mekjanna menang. Teringat betapa krik krik bunyi cengkerik masa dia menang. Like what why wegerey betul masa dia menang. Dah rejeki katanya la kan. Tahun ni iols harap kj menang utk bunyi cengkerik tu muncul kembali hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
KJ atau Aina Abdul pendapat Aku la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2024 04:21 PM | Show all posts
orkid_amani replied at 11-10-2024 04:02 PM
Bila ABPH ni? Laaamaa dah tak tengok

malam ni uolls.. kul 9pm
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak prestij ya ABPBH ni. Dulu gah buat kat genting, ni buat kat dewan kecik je.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 04:55 PM | Show all posts
ini kali lah kasi org lama menang. vote for senario
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 05:02 PM | Show all posts
anugerah kat malaysia masih relevan ke?AJL pun skang dah semakin sendu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendu je calon2 top5

Btw, malam ni ade gimik murahan tak?
Edisi melamar? Memujuk?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
i nk abg tyzo menang walaupun radio dia sendu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Undi KJ. Biar gomen panas...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hoola at 11-10-2024 07:44 PM

oh mlm ni ya uolls?
mujur achik bc porem. mujur uolls ingtkan ;)
baru achik nk tdo awai mlmtgif nih ;)
thanks uollsss

#miliksiapatrofiinimalam
selayaknya bintang fofoular dpt kat retis ceraiberai yg mendonia mutakhir ini
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Khai sepatutnya menang bintang paling pooular pada tahun 2018. Tahun tersebut populariti KB mmg mendunia, tpi rezeki tak menyebelahi. Tahun ini tak tahulah menang ke tidak penyanyi lelaki paling popular. Kita tgk jelah
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa menang paling popular biasanya badi seterusnya sendu.. kecuali zaman tok ti la..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.301808 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list